Assalamualaikum..
Aidilfitri telah tiba kini. Sedar tak sedar sudah seminggu Ramadhan pergi. Entahkan jumpa ataupun tidak denganNYA lagi.
Sebenarnya sedarkah kita sebagai warga PASTI, kalau tidak kena dengan caranya :- amat sukar mendidik murid PASTI sambut eidulfitri. Tetapi kalau kena dengan kaedahnya.. tidaklah ianya menjadi sambutan ‘adat’ semata-mata sebaliknya sebenar-benar perayaan dan ‘upah’ setelah melalui Ramadhan yang penuh dengan dugaan, kesabaran dan sebagainya. Apa yang harus kita lakukan?
Berikan semangat kepada mereka, ajari mereka tentang perkara sunat tentang perayaan ini.
1. Mandi sunat Aidilfitri – bukan sekadar mandi tapi berniat mandi sunat Aidilfitri.
2. Memakai baju yang cantik dan bau-bauan – Baju cantik tak semestinya baju baru.
3. Makan sedikit sebelum keluar solat sunat Hari Raya.
4. Beramai-ramai ke masjid
5. Pergi dan pulang ke masjid menggunakan jalan berbeza.
6. Saling mengucapkan selamat hari raya.
7. Bertakbir raya
Bagi ibubapa, cikgu PASTI dan sesiapa yang mampu, pemberian duit raya kepada mereka adalah digalakkan dan tidak dianggap membazir, kerana dengan pemberian itu mengembirakan mereka. Besar pahalanya bila kita gembirakan dan muliakan mereka, kerana Rasulullah juga muliakan kanak-kanak. Untuk anak PASTI kita ini, patutlah dipupuk dalam diri mereka perasaan bersyukur bila dapat banyak duit raya dan berlapang dada bila tak dapat. Jangan banding-membanding duit raya :)
1. Didik mereka agar tidak terlalu gembira dengan keberadaan mereka dan mengejek orang lain.
2. Galakkan semangat setiakawan dan kejiranan bila sama2 keluar beraya.
3. Tunjukkan tauladan pada mereka dengan berukhwah dan bermaaf-maafan.
4. Beritahu mereka agar berhati-hati dgn kunjungi rumah yang dikenali shj.
5. Bawa mereka menziarahi pusara - ingatkan mereka tentang kematian.
6. Asuh mereka agar terus memuliakan Ramadhan dan meraikan Syawal.
7. Latih mereka agar jangan membazir.
Semoga ianya benar-benar tanda kemenangan ke atas hawa nafsu, jangan pula kita dan meraka tewas kepada hawa nafsu dek kerana ghairah beraya :)
Selamat Eid Mubarak !!!

1 comment:
Alhamdulillah!! Tahniah Pasti Kubang Pasu, seronok dna terharunya dengan didikan Islam seawak usia suci ini buat anak-anak..
Insya Allah semoga Allah SWT berkati usaha tuan-tuan dan puan-puan muslimin muslimat penggeraka dan tenaga PASTI..saham tuan2 amat besar di sisi Allah SWT di akhirat kelak..
Insya Allah jika dikurniakan anak nanti PASTI ialah pilihan saya..
Wallahualam
Post a Comment