Seramai 16 orang guru pasti Kawasan Kubang Pasu termasuk beberapa orang guru KAFA telah berjaya menamatkan kursus ini dengan cemerlang.
Mereka telah didedahkan dengan kaedah-kaedah menggunakan Microsoft Office dan Internet termasuklah penggunaan email yang akan dapat memudahkan proses penyebaran maklumat di kalangan PASTI di Kawasan Kubang Pasu.
Peserta lelaki tunggal...
Semoga kursus ini akan dimanfaat dan diaplikasikan dalam kehidupan harian sebagai seorang yang bergelar pendidik. Pihak Pasti Kubang Pasu bercadang akan menghantar guru-guru ke kursus tahap lanjutan di lain masa.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah mengorbankan masa dan kepada pihak Kolej Komuniti Bandar Darulaman dalam menjayakan kursus ini.
1 comment:
salam.... tahniah atas kepimpinan PASTI Kubang Pasu atas anjakan yang dibuat... Insya Allah teruskan merancang program2 yang membangun modal insan guru2 PASTI khasnya... kepada guru2 PASTI gunakan ilmu yang diperolehi untuk meningkatkan prestasi PASTI masing2... Wallhua`lam
Post a Comment