Monday, November 23, 2009

MAJLIS IHTIFAL PASTI KAWASAN KUBANG PASU TAHUN 2009

Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya seperti maklumat berikut:

tempat : College Height Utara, Jenan
06000 Jitra, Kedah
Tarikh : 13 November 2009
Masa : 2.30 ptg hingga 5.00ptg

Majlis tersebut bermula dengan pendaftaran kehadiran. Cikgu-cikgu dan para waris mengiringi anak-anak PASTI untuk didaftarkan.


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Puan Jawariah binti Md Yakin iaitu Pengerusi Majlis Guru Pasti (MGP) Negeri Kedah. Terima kasih kami ucapkan kepada Puan Jawariah kerana sudi hadir di majlis kami yang tak seberapa ini.


Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada para waris yang telah memberikan sokongan dan kerjasama kepada kejayaan penganjuran majlis seumpama ini.



Turut menghadiri majlis tersebut adalah Ustaz Mohd Yusuf bin Ahmad selaku mantan Pengerusi Pasti kawasan Kubang Pasu dan juga selaku ahli majlis Daerah Kubang Pasu juga ajk PAS Kawasan Kubang Pasu. Terima kasih juga kepada Cikgu Zabidi yang juga merupakan wakil PAS Kawasan Kubang Pasu yang turut hadir dan menyampaikan hadiah kepada anak-anak PASTI.

Turut menyerikan majlis tersebut adalah pesembahan manarik dari anak-anak PASTI mewakili PASTI seluruh kawasan Kubang Pasu seperti acara membaca, hafazan doa, hafazan surah, azan, nasyid dan sajak.



Majlis di akhiri dengan nyanyian lagu PASTI oleh anak-anak dan guru-guru PASTI beramai-ramai.


Seterusnya terima kasih kepada semua yang turut menjayakan majlis tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Sunday, November 22, 2009

PENDAFTARAN MURID PENGAJIAN TAHUN 2010


Kepada waris yang mempunyai anak berusia 4, 5 atau 6 tahun pada tahun 2010, segeralah mendaftar anak anda di PASTI yang berdekatan. Rebutlah peluang keemasan dengan memberi pendedahan pendidikan yang berteraskan aqidah islamiah. Antara yang dipelajari di PASTI adalah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sains, Komputer, Peribadi Muslim, Hadis, Al-Quran dan sebagainya.

Sunday, October 4, 2009

ZIARAH MURID PASTI

30 Sept 2009, Khamis
Kg Sungai Petani, Kbg Pasu

Alhamdulillah.. pada 30 Sept lepas, rombongan PASTI Kbg Pasu yg terdiri daripada Pengerusi, AJK dan Majlis Guru PASTI (MGP) telah meluangkan masa menziarahi keluarga murid PASTI :- Adik Mohd Aidil Adha, 5 tahun dari PASTI Kg Belukar yang menjadi mangsa kemalangan di Pekan Tunjang, Jitra baru-baru ini.

Menurut sumber, pada bersama ayahnya telah dirempuh dari hadapan oleh sebuah kereta pada 21 Ramadhan yang lalu. Ekoran daripada itu, Adik Mohd Aidil Adha telah terjatuh dan cedera di bahagian muka dan hanya luka ringan. Walaubagaimanapun, ayahnya En Ismail telah mengalami kecederaan yang agak serius dan patah tulang kaki.


Sedikit sumbangan di sampaikan sebagai tanda prihatin terhadap keluarga mangsa. Semoga lekas sembuh hendaknya.. InsyaAllah..

Friday, September 25, 2009

DIDIK ANAK PASTI SAMBUT EIDULFITRI

Assalamualaikum..

Aidilfitri telah tiba kini. Sedar tak sedar sudah seminggu Ramadhan pergi. Entahkan jumpa ataupun tidak denganNYA lagi.

Sebenarnya sedarkah kita sebagai warga PASTI, kalau tidak kena dengan caranya :- amat sukar mendidik murid PASTI sambut eidulfitri. Tetapi kalau kena dengan kaedahnya.. tidaklah ianya menjadi sambutan ‘adat’ semata-mata sebaliknya sebenar-benar perayaan dan ‘upah’ setelah melalui Ramadhan yang penuh dengan dugaan, kesabaran dan sebagainya. Apa yang harus kita lakukan?

Berikan semangat kepada mereka, ajari mereka tentang perkara sunat tentang perayaan ini.

1. Mandi sunat Aidilfitri – bukan sekadar mandi tapi berniat mandi sunat Aidilfitri.
2. Memakai baju yang cantik dan bau-bauan – Baju cantik tak semestinya baju baru.
3. Makan sedikit sebelum keluar solat sunat Hari Raya.
4. Beramai-ramai ke masjid
5. Pergi dan pulang ke masjid menggunakan jalan berbeza.
6. Saling mengucapkan selamat hari raya.
7. Bertakbir raya


Bagi ibubapa, cikgu PASTI dan sesiapa yang mampu, pemberian duit raya kepada mereka adalah digalakkan dan tidak dianggap membazir, kerana dengan pemberian itu mengembirakan mereka. Besar pahalanya bila kita gembirakan dan muliakan mereka, kerana Rasulullah juga muliakan kanak-kanak. Untuk anak PASTI kita ini, patutlah dipupuk dalam diri mereka perasaan bersyukur bila dapat banyak duit raya dan berlapang dada bila tak dapat. Jangan banding-membanding duit raya :)

1. Didik mereka agar tidak terlalu gembira dengan keberadaan mereka dan mengejek orang lain.
2. Galakkan semangat setiakawan dan kejiranan bila sama2 keluar beraya.
3. Tunjukkan tauladan pada mereka dengan berukhwah dan bermaaf-maafan.
4. Beritahu mereka agar berhati-hati dgn kunjungi rumah yang dikenali shj.
5. Bawa mereka menziarahi pusara - ingatkan mereka tentang kematian.
6. Asuh mereka agar terus memuliakan Ramadhan dan meraikan Syawal.
7. Latih mereka agar jangan membazir.

Semoga ianya benar-benar tanda kemenangan ke atas hawa nafsu, jangan pula kita dan meraka tewas kepada hawa nafsu dek kerana ghairah beraya :)

Selamat Eid Mubarak !!!

Thursday, September 24, 2009

SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA ANAK YATIM DAN MISKIN

Sempena Syawal 1430 hijriah ini Jabatan Pasti Kawasan Kubang Pasu akan mengadakan sedikit sumbangan kepada anak yatim dan miskin yang ada disekitar kawasan Kubang Pasu. Sasaran anak yatim dan anak-anak miskin ini adalah bagi yang tinggal di rumah sendiri atau saudara-mara dan bukannya kepada anak-anak yatim yang berada di rumah anak yatim. Ini adalah kerana golongan ini lah yang selalunya dilupakan sedangkan rezeki mencurah-curah bagi mereka yang tinggal di rumah anak yatim.

Di atas alasan itulah, Jabatan PASTI Kawasan Kubang Pasu cuba mengumpulkan dana sebanyak mungkin daripada para dermawan bagi menampung sumbangan yang dikeluarkan oleh Jabatan PASTI Kawasan Kubang Pasu yang tidak seberapa jumlahnya itu. Lagi banyak sumbangan yang diterima maka lagi banyaklah sumbangan yang dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan sebagai meraikan kedatangan Syawal pada tahun ini.

Kepada para dermawan yang budiman, bolehkan salurkan ke

Akaun PASTI Kawasan Kubang Pasu:
BIMB 02-039-01-005504-3


Bagi yang menderma, diharapkan pihak tuan dapat 'sms'kan kpd 017-7503536 atau meng'e-mail'kan kpd pastikp@gmail.com maklumat seperti

tarikh sumbangan diberikan
jumlah sumbangan
daripada siapa (jika perlu)

Ini adalah bagi memastikan sumbangan tuan/puan benar-benar digunakan untuk disampaikan kepada sasaran tersebut.

Sekian, terima kasih.

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

PASTI Kawasan Kubang Pasu mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya kepada guru-guru PASTI, anak-anak PASTI, para waris dan pemimpin masyarakat.

Sekolah akan bercuti dari 20 September 2009 hingga 26 September 2009. Harap maklum.

Friday, August 28, 2009

MERDEKA? SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Merdekakah kita kalau...

Masih jadi hamba dunia
Agar tercapai impian sanggup lakukan apa saja
Hatta makan rasuah dan tutup sebelah mata
Tak kira pegawai rendah atau tinggi pangkatnya

Indeks moral juga tidak ke mana-mana
Pelacuran sudah tidak dapat dikawal berleluasa
Majalah dan video lucah ada dimana-mana
Kita jadi hamba kepada nafsu selera kita

Hiburan melampau sudah melanda kita
Jadikan artis terkinja-kinja sebagai idola
Bukan saintis atau negarawan jauh sekali ulama
Artis nak kahwin buat macam majlis diraja
Disiarkan secara langsung ke seluruh negara

Merdekakah kita kalau..
setakat pandai mengibar bendera
menyebut Merdeka !! Merdeka !!
naik motosikal ramai-ramai keliling kota

Merdekakah kita...
Kalau setakat..
pandai anjurkan konsert terbuka
Sehingga tengah malam artis terkinja-kinja
Di taja pula syarikat arak sponsor arak percuma

Sedarlah wahai anak bangsa...
khasnya buat warga pasti Kubang Pasu..
Ini bukan cara kita sambut merdeka
Walaupun dihadiri oleh pemimpin negara
Tetapi jiwa kita masih belum merdeka

Kemerdekaan hendaklah diisi ikut agama
Hendaklah bersyukur kepada Allah taala
Lihat semula perjuangan Nabi kita

Bilal bin Rabah satu contoh cukup nyata
Hamba tetapi mempunyai jiwa yang merdeka

Islam membebaskan dia dari cengkaman manusia

Maaf..bukan nak mengata sesiapa
cuma sekadar renungan bersama..

HAPPY MERDEKA DAY

Tuesday, August 25, 2009

SALAM RAMADHAN


Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”
[Hr :- Al-Bukhari]

Menjelang ramadhan yang penuh berkat.
Bersama kita sambut dengan suka cita

Bukakan hati yang tertutup
cahayakan yang gelita

jalinkan tali silaturahim
maaf zahir batin atas semua silap

marhaban ya ramadhan….

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak
daripada warga PASTI KAWASAN KBG PASU

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih dihayati, InsyaAllah.

Tuesday, August 18, 2009

PENDAFTARAN BARU 2010

ASSALAMULAIKUM..

PASTI Kawasan Kbg Pasu dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Pendaftaran Pelajar Baru bagi Sesi Pengajian 2010 sudahpun dibuka di seluruh cawangan. Semua warga Kubang Pasu yang terdiri daripada :-
  1. ibu bapa
  2. penjaga/waris
  3. kakitangan kerajaan/swasta
  4. mereka yang mencintai pendidikan islam
  5. atau siapa pun jua
Anda semua dipelawa mendaftarkan anak masing-masing. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada PASTI cawangan yang terdekat.



Tuesday, August 11, 2009

SELSEMA H1N1 >>


Pekeliling dari PASTI Malaysia, Sila baca dan ikut arahan !!

Assalamu'alaikum warahmatuLLah

Kepada..
  • Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia
  • Pengarah-pengarah, AJK PASTI Negeri / Wilayah
  • JK PASTI kawasan
  • Guru2 PASTI
  • Ibubapa/Waris-waris
Tuan-puan,

Pekeliling Influenza H1 N1 ( Selesema Babi )

Perkara di atas dirujuk.

Mengikut data terkini, penularan wabak H1 N1 ini telah mengorbankan lapan nyawa di seluruh negara. Justeru, PASTI di semua peringkat dinasihati mematuhi langkah-langkah berikut :

  • Mendapatkan maklumat daripada media massa dan memberikan taklimat tentang bahaya wabak ini kepada semua guru dan murid-murid PASTI.
  • Mematuhi langkah-langkah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan berkenaan penjagaan kebersihan di semua premis PASTI.
  • Menasihati penjaga-penjaga supaya mengambil tindakan segera menghantar anak-anak menjalani pemeriksaan di pusat kesihatan jika dijangkiti demam.
  • Memasukkan slot doa mohon dihindarkan oleh ALLah swt. daripada wabak ini pada setiap perhimpunan pagi .
  • Tindakan menutup PASTI selama seminggu boleh diambil oleh pengurusan PASTI di peringkat cawangan jika terdapat murid-murid yang disahkan telah dijangkiti Influenza H1N1 ini.
Sekian untuk tindakan tuan-puan..
Wallahua'lam


Thursday, July 16, 2009

PROGRAM BELAJAR SAMBIL MELAWAT>>


KHAMIS, 09 JUL 2009

Alhamdulillah, Baru-baru ini PASTI Al Huda, Taman Mahsuri telah berjaya mengadakan Program Belajar Sambil Melawat ke Lee Huat Garden, Jalan Changlun, Jitra yang disertai kesemua murid dan guru PASTI berkenaan.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai kehidupan flora dan fauna disamping mengenali pelbagai hidupan liar yang lain.

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar program berkenaan :-



Tuesday, July 7, 2009

SECEBIS RENUNGAN >>LUQMAN


ASSALAMUALAIKUM...
Salam perjuangan buat semua warga PASTI..

Berikut... saya lampirkan sedikit catatan untuk menjadi panduan pada kita semua dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa dalam mendidik anak-anak.

Dalam surah Luqman, secara panjang lebar Allah SWT menceritakan kisah seorang bapa yang bernama Luqman bersama anaknya. Pastinya bukan ‘saja-saja’ tanpa sebab Allah SWT nukilkan kisah-kisah para bapa ini di dalam al-Quran. Pastinya untuk manusia mengambil pengajaran dan contoh teladan.

Khususnya dalam mendidik anak, para bapa tidak perlu ragu dengan kebijaksanaan Luqman. Ini kerana Allah SWT tegaskan telah mengurniakan pimpinan-Nya kepada Luqman sehingga kerana itu beliau dikenali dengan gelaran al-Hakim.

Bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik anak. Dalam ayat ketiga belas hingga sembilan belas daripada surah Luqman akan ditemui kaedah bagaimana cara penyampaian didikan ketika berinteraksi dan berkomunikasi dengan anak-anak. Demikian juga apakah pengisian ilmu dan pokok-pokok ajaran yang hendak diterapkan dalam diri anak-anak mengikut tertib dan keutamaannya sekali.

Diantara nasihat Luqman kepada anaknya ialah :

1. Hendaklah engkau selalau berada di majlis para ulama dan dengarlah kata-kata para hukama' (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat seperti menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.

4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang yang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu jadikanlah takwa sebagai kapalnya.

5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.

6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah-lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara-maramu melainkan engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbaki lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

Sama-sama kita renungkan..
Wallahua'lam

Sunday, June 21, 2009

TAHNIAH..




BOLASEPAK
  1. Selangor
  2. Pulau Pinang
  3. Perak
BOLAJARING
  1. Kelantan
  2. Selangor
  3. Melaka

Tuesday, June 9, 2009

ALHAMDULILLAH, ADA YANG MENDENGAR :)

Terima kasih tak terhingga kepada pengendali blog nurmujahidah.blogstarz.my kerana peka dengan kami, warga PASTI

Artikel asal boleh dibaca disini

Dari :- http://nurmujahidah.blogstarz.my/?View=49132. Sebahagiannya, saya lampirkan disini.

"Saya dengan penuh pengharapan menyeru kepada semua pihak terutamanya badan-badan NGO (PAPISMA, PKPIM, JIM, ISMA dan sebagainya), Gerakan Mahasiswa Islam, Persatuan Mahasiswa Islam dan seluruh mahasiswa atau secara individu, agar turut membantu memberikan sumbangan dalam apa sahaja bentuk material.

"Pernahkah kita membaca, menghayati dan mengucapkan alhamdulillah dengan PASTI berdasarkan Objektif, visi dan misinya? Walaupun saya pernah di"tamrin"kan di PASTI selama 3 tahun, baru pertama kali saya menyoal diri saya sedemikian"

"Tekanan dari segenap ceruk, baik dari kerajaan dan masyarakat dihadapinya dengan tabah. Benar juga kata nabi "Islam di akhir zaman akan ditekan oleh orang islam sendiri". Walaubagaimanapun, diatas kesedaran perlunya pendidikan agama disemai sejak kecil lagi, maka dikuatkan juga semangatnya. Pelbagai kesukaran, kepayahan dan keperitan menjadi teman setia sepanjang kariernya.

Gaji yang rendah, prasarana yang kurang, kebajikan yang sederhana dan kadang-kadang terpaksa mengurus sendiri perjalanan & pentadbiran PASTI tanpa perhatian dari AJK yang dilantik. Cukup memeritkan. Mengurus, dan dalam masa yang sama mentarbiah 30 orang murid-murid berseorangan bukanlah perkara yang senang."

"Pun begitu, saya mengharapkan kita semua menderma dengan penuh kesedaran serta harapan dan diiringi doa yang bersungguh-sungguh semoga cita-cita murni ini dalam melahirkan generasi pewaris sunnah perjuangan Rasulullah SAW dapat dimakbulkan olehNya.

"Bagi saya, biarpun sedikit atau lebih (lagi bagus) sumbangan kita, yang penting kita mahukan KEBERKATAN, KEIKHLASAN dan KEREDHAAN Nya bersama. Inilah masa depan adik-adik...anak-anak..cucu cicit kita! Merekalah yang akan menyambung perjuangan kita demi mendaulahkan Islam di muka bumi. Allahuakhbar!

"Namun pokok permasalahannya, kita masih "MISKIN"!

Kita perlukan hampir RM27 juta untuk cita-cita itu. Kita juga bukan meminta sedekah dengan merayu derma dari orang ramai. Kita tidak sama dengan BN, cakap sahaja..petik jari sahaja...terus terjatuh dari langit.

Kita juga masih perlukan dana untuk membayar elaun guru-guru PASTI.

"Guru yang dimaksudkan hanya berkelulusan SPM. Ketika berbual dengannya saya tanyakan berapakah gaji yang di terima. Tanpa mahu berselindung, beliau menjawab hanya RM 200 sahaja. Dengan duit tersebutlah beliau menyara keluarga. Bayangkan.. di kala kos kehidupan meningkat, harga barang naik, beliau masih boleh bertahan dengan gaji sedemikian mengurus kehidupan. Aduhai betapa tulusnya hati seorang guru yang sangup bekorban sehingga ke tahap itu. Demi PASTI yang di sayangi."

"Sejujurnya, apa yang saya perhatikan masalah kebajikan guru kadang-kadang terabai apabila pihak pengurusan PASTI di cawangan mahupun kawasan hanya bergantung kepada kutipan yuran tanpa sumber kewangan lain "

"Dan satu persoalan besar yang liat berkejar-kejaran di otak pemikiran saya....

Ya, PASTI sudah mencapai usianya hampir 25 tahun. Dan jika kita kira-kira, anak-anak PASTI pada ketika itu mungkin sekarang sudah mencecah usia antara 15-20 tahun.

Satu kajian perlu untuk membuktikan pada mata masyarakat, sejauh manakah hasil acuan PASTI dalam nilai kendiri, personaliti, akhlak dan jati diri anak-anak PASTI yang kini sudah bergelar remaja?

Hal ini kerana, kita perlu telan pahit maung nasib si anak malah golongan ibubapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan (sekolah kebangsaan) di peringkat rendah dan menengah.

Saya tidak mahu mengolah lanjut mengenai nasib sekolah agama rakyat, maahad tahfiz dan sekolah tajaan PAS, mungkin ramai sudah sedia maklum.

Justeru, sedar ataupun tidak hanya peratusan kecil sahaja matlamat dan objektif PASTI tercapai dalam masa usia kematangannya. Walaupun apa yang kita yakini, kecemerlangan anak-anak PASTI adalah berpunca natijah daripada apa amalan dan bagaimana pengalaman yang mereka lalui semasa mendapat asuhan di PASTI.

Pengalaman belajar di institusi pra sekolah akan tersemat dalam jiwa sanubari mereka. Kesan tarbiah atau pendidikan islam yang diterapkan dengan sebaiknya akan menjadi faktor penentu kejayaan mereka di masa depan.

Sememangnya, usia 25 tahun itu masih belum cukup kukuh untuk membuktikan kata-kata saya, tetapi perlulah diingatkan usaha yang berterusan dan gigih iaitu menjadikan platform PASTI sebagai "catalyst" ataupun pemangkin terbaik kepada semua guru PASTI bagi memperkemaskan organisasi ke arah melahirkan satu gerak kerja yang mantap disamping menjadi wadah bagi melahirkan barisan kepimpinan mantap dan menyuntik semangat dalam bagi meneruskan perjuangan PASTI!

Guru-guru PASTI wajib peka terhadap perkara tersebut dan berusaha untuk menggalakkan pembinaan izzah mahupun sakhsiah tunas-tunas PASTI!

Allahuakhbar!

Akhir sekali, apa yang perlu kita lakukan? tidak perlu menjadi guru PASTI tetapi menghulurkan sumbangan....

Untuk itu, saya bagi pihak mereka, ingin merayu sokongan dari semua untuk membantu kebajikan guru guru mahupun PASTI itu sendiri khususnya. Sempena sambutan hari guru yang telah lepas (16 Mei 2009), Marilah bersama kita buka minda dan menyedarkan diri yang terlena, betapa besarnya pengorbanan guru PASTI serta berbagai kesusahan terpaksa mereka hadapi dalam usaha membangunkan PASTI.

Saya masih ingat lagi, waktu rehat hanya makan biskut kering bersama air teh ataupun air kosong sahaja di alam PASTI. Malah tiada meja untuk kami belajar, hanya duduk bersimpuh atas lantai yang sejuk. Tercorek sana sini karpet hijau buruknya....isk..isk..


Terima kasih tak terhingga....

Friday, June 5, 2009

SANTAI DI PETANG JUMAAT

Tahniah kepada Cikgu Sofeah, dari PASTI Lubuk Kawah kerana berjaya 'muncul' dalam akhbar Sinar Harian 1 Jun baru- baru ini. :)





Produk pencuci pinggan PASTI telahpun berada di pasaraya C-Mart,
Pekan Jitra II. :) Hehehe

Tuesday, May 26, 2009

SUKAN PASTI NEGERI

TAMAN KUCHAI, PDG SERAI,
SABTU, 23 MEI 2009

Pesta Sukan Bolasepak & Bolajaring PASTI Peringkat Negeri Kedah telah diadakan dengan jayanya. Sebanyak 15 pasukan yang mewakili kawasan parlimen masing-masing telah bersaing di dalam 2 acara sukan yang dipertandingkan, iaitu bolasepak & bolajaring. Rombongan PASTI Kubang Pasu yang berkonvoi 9 buah kenderaan tiba awal di Padang Serai pada jam 10.00 malam dan telah menginap di Taman Kobis, Taman Bersatu serta di Taman Kuchai sebelum menyertai acara sukan keesokan harinya.

Program bermula seawal jam 8.30 pagi dan dirasmikan oleh Dr. Hamdan Mohamed Khalib, Pengerusi J/Kuasa Belia dan Sukan Kesenian dan Warisan Kebudayaan Kerajaan Negeri Kedah. Acara bolasepak telah diungguli oleh PASTI Kawasan Kuala Kedah yang telah muncul johan dengan mengalahkan PASTI Kawasan Jerai dengan penentuan sepakan penalti (2-1).





Walaubagaimanapun, kontijen cilik PASTI Kubang Pasu tewas kesemua acara. Jangan berduka, tahun depan kita cuba lagi. Kalah menang adalah adat dalam sebarang pertandingan. Apa yang penting ialah semangat kerjasama dan konsep ukhuwwah dapat diterapkan dengan sebaiknya melalui kejohanan sukan seperti ini.

Program berakhir pada pukul 4.00 petang dengan penyampaian hadiah kepada pemenang yang disempurnakan oleh YB. Ustazah Hjh Siti Aishah Ghazali yang hadir di saat-saat akhir bagi menyatakan sokongan.

Wallahua'lam

Monday, May 25, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PASTI PERINGKAT KEBANGSAAN

16 Mei 2009 mencatat sejarah gemilang bagi warga pendidik pra sekolah PASTI, apabila Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Tawau , Sabah . Sambutan ini juga serentak dengan sambutan Jubli Perak PASTI setelah 25 tahun mengharungi segala pahit getir perjuangan memartabatkan sistem pendidikan Islam peringkat Pra Persekolahan di negara ini .

Membawa tema '25 Tahun Memimpin Perubahan' kini PASTI bertapak gagah di tengah-tengah saingan pendidikan negara dengan memiliki 1700 buah sekolah PASTI di seluruh negara, 3300 guru dan 63,350 murid .

Alhamdulillah, kini PASTI setelah melalui tempoh usia yang cukup menguji keutuhannya , bukan sahaja bersaing dengan sistem pendidikan pra persekolahan yang dianjurkan oleh Kerajaan tetapi juga tekanan politik dan kekangan tahap keupayaan mandiri tanpa sebarang bantuan dan sokongan dari kerajaan samaada material atau moral .



Sebanyak 4 anugerah telah disampaikan. Anugerah-anugerah tersebut ialah, Anugerah Tokoh PASTI Negeri, Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat Negeri, Anugerah Tokoh Guru Cemerlang dan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan.

Majlis kali ini telah menobatkan Puan Faridah Bt Dawam dari Perak sebagai Tokoh Guru Kebangsaan. Salam hormat buat seluruh guru PASTI...

JUBLI PERAK 25 TAHUN PASTI :- TERBELAKAH GURU PASTI?

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru PASTI..

"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca" - Usman Awang

Sedar tak sedar, sudah 25 tahun usia PASTI. Pantas sekali masa berlalu. Sebagai mukaddimahnya, sempena sambutan hari guru 16 Mei yang lepas, marilah bersama kita selami kehidupan para penggerak utama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) ini. Sudah tentu ianya begitu menyentuh perasaan.

PASTI yang diasaskan dengan tujuan untuk mendidik anak-anak kita kearah membina generasi bertaqwa sudah mengorak langkah jauh kehadapan. Ramai juga antara kita yang telah berjaya dalam hidup hasil didikan dan asuhan yang diterima di PASTI. Sebahagiannya telahpun berjaya dan menyandang jawatan penting di mana-mana sahaja. Menjadi orang terkenal seperti Fenda di MHI TV3 yang berasal dari PASTI negeri Johor dan sebagainya lagi.

PASTI UNTUK SEMUA
Hari ini dengan kurikulum yang tersusun, memiliki buku teks sendiri, menjadikan institusi pengajian pra sekolah ini mampu bersaing dengan institusi pra sekolah lain. Penyertaannya juga tidak terbatas kepada ahli PAS ataupun umat Islam sahaja,tetapi ahli ahli UMNO sudah ramai yang meyakini pendidikan di PASTI lebih baik untuk anak anak mereka seawal usia lima tahun.

Lebih menarik lagi, di kawasan-kawasan bandar orang orang bukan Islam turut menghantar anak anak mereka ke PASTI. Umpamanya di Selangor dan penubuhan PASTI Venikam untuk kaum India di Perak awal tahun ini.

ASET
Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan PASTI 2005-2011 kematangan PASTI kian terserlah. PASTI juga boleh berbangga kerana memiliki Pusat Latihan PASTI di Kg Kedai Buluh, Kelantan. Walaupun ianya aset PASTI Kelantan namun manfaatnya untuk semua warga PASTI seluruh tanahair. Begitu juga dengan sebuah bangunan empat tingkat berharga RM900 ribu di Taman Samudera, Batu Caves yang dimiliki oleh Jabatan PASTI Pusat. Terlalu banyak perubahan telah berjaya dilakukan oleh pengurusan PASTI khususnya di peringkat Pusat. Tahniah di ucapkan !



ELAUN
Namun di sebalik semua itu, ada sesuatu yang amat ‘segan’ untuk dibicarakan. Ianya tentang elaun ataupun gaji yang diterima. Baru-baru ini, saya berpeluang bertemu beberapa orang guru PASTI di salah sebuah kawasan, lalu ianya telah memberi inspirasi untuk saya catatkan sesuatu di sini.

Guru yang dimaksudkan hanya berkelulusan SPM. Ketika berbual dengannya saya tanyakan berapakah gaji yang di terima. Tanpa mahu berselindung, beliau menjawab hanya RM 200 sahaja. Dengan duit tersebutlah beliau menyara keluarga. Bayangkan.. di kala kos kehidupan meningkat, harga barang naik, beliau masih boleh bertahan dengan gaji sedemikian mengurus kehidupan. Aduhai betapa tulusnya hati seorang guru yang sangup bekorban sehingga ke tahap itu. Demi PASTI yang di sayangi.

Begitulah seadanya. Sebahagian besar mereka yang memilih kerjaya sebagai guru PASTI bukanlah berniat untuk mencari rezeki semata mata tetapi lebih didorong rasa tanggungjawab untuk membantu mendidik anak anak PASTI,suatu kerja yang tidak ramai orang sanggup lakukan. Kalau mereka hendak mencari rezeki semata mata mereka ada peluang yang lebih baik kerana rata rata mereka mempunyai kelulusan akademik.

“Sejujurnya, apa yang saya perhatikan masalah kebajikan guru kadang-kadang terabai apabila pihak pengurusan PASTI di cawangan mahupun kawasan hanya bergantung kepada kutipan yuran tanpa sumber kewangan lain”.

SUMBANGAN
Untuk itu, saya bagi pihak mereka, ingin merayu sokongan dari semua untuk membantu kebajikan guru guru mahupun PASTI itu sendiri khususnya. Sempena sambutan hari guru yang telah lepas, Marilah bersama kita buka minda dan menyedarkan diri yang terlena, betapa besarnya pengorbanan guru PASTI serta berbagai kesusahan terpaksa mereka hadapi dalam usaha membangunkan PASTI.

Bersama kita menyumbang kepada akaun pembangunan PASTI kawasan Kubang Pasu :-
BIMB (Jitra) - 02-039-01-005504-3


Sunday, May 24, 2009

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Pada 25hb hingga 28hb Mei 2009, seluruh PASTI negeri Kedah akan melangsungkan peperiksaan pertengahan tahun. Sehubungan itu, Jabatan PASTI Kawasan Kubang Pasu mengucapkan

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

kepada semua murid-murid PASTI yang dikasihi. Semoga dapat menjawab soalan dengan tenang dan jaya.

Kepada para waris, berilah sokongan moral kepada anak-anak anda dan beri lah tunjuk ajar supaya mereka dapat bukan sahaja dapat menjawab soalan peperiksaan ini, bahkan ilmu yang disampaikan oleh guru mereka akan diingatai dan diamalkan sepanjang kehidupan mereka di bumi Allah yang tercinta ini.

24 MEI 2009 PASTI KUBANG PASU DIBERI CUTI KHAS

24hb Mei 2009 diisytiharkan sebagai hari cuti khas persekolahan PASTI seluruh kawasan Kubang Pasu. Ini adalah berikutan berlangsungnya Hari Pesta Sukan PASTI peringkat Negeri Kedah pada 23hb Mei 2009 di Padang Awam Taman Kucai, Padang Serai.

Sekian, harap maklum.

Friday, May 22, 2009

SINAR HARIAN 21 MAY 2009


Keratan akhbar Sinar Harian mengenai Sukan PASTI yang diadakan baru-baru ini
di Kg Pulau Pisang, Tunjang

Sunday, May 10, 2009

SUKAN PASTI CAWANGAN

14 J/AWAL 1430 (09 MEI 2009)
KG BENDANG PERANG, CHANGLUN

Program sukan PASTI Ihya Ulumuddin & Al Fitri, Kg Belukar, Changlun telah berlangsung dalam suasana yang sungguh meriah. Program bermula lebih kurang jam 8.30 pagi dengan ketibaan peserta dan juga pihak ibubapa.





Perasmian telah dilakukan oleh Ust Yusof b Ahmad, bekas pengerusi PASTI kawasan yang hadir bersama rombongan AJK PASTI kawasan. Acara sukan yang dipertandingkan adalah bolasepak 7 sebelah dan acara sukaneka seperti, kasut tempurung, isi air dalam botol, tarik tali dan sebagainya. Keceriaan terpapar disetiap wajah kanak-kanak yang menyertai kejohanan pada kali ini walaupun tidak menang tetapi semangat berpasukan dapat diterapkan didalam diri mereka. Banyak aksi-aksi lucu yang dapat dilihat ketika berlangsungnya kejohanan.



Tahniah kepada semua ibubapa yang turut memeriahkan kejohanan pada kali ini dengan memberi sokongan moral yang tinggi kepada anak masing-masing.

Wallahua'lam


TABUNG PEMBANGUNAN PASTI

13 J/AWAL 1430 (08 MEI 2009), JUMAAT
KG TOK KESOP

Alhamdulillah, PASTI kawasan Kubang Pasu telah berjaya melancarkan kutipan derma untuk Tabung Pembangunan PASTI di sini baru-baru ini.

Serentak dengan itu juga, edisi pengenalan BULETIN PASTI KUBANG PASU telah diedarkan secara percuma kepada orang ramai sebagai salah satu kempen untuk mempromosikan PASTI.


Sdra S/u + bendahari di malam pelancaran bersama tabung duit :)



Thursday, May 7, 2009

NANTIKAN KEMUNCULANYA..

Buletin PASTI Kawasan Kubang Pasu akan menemui anda di pasaran tidak lama lagi. Berbagai maklumat, berita, aktiviti, artikel mahupun program semasa akan dimuatkan di dalamnya.

Bersama kita nantikan kemunculannya !!


Sunday, May 3, 2009

MAKLUMAT DARI MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH PASTI NEGERI

Untuk tindakan dan perhatian tuan/puan semua warga PASTI segenap peringkat :- AJK PASTI kawasan, MGP, pengurus cawangan, ibubapa dan waris.

16 MEI 2009
Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2009 akan diadakan di Tawau , Sabah

30 MEI 2009
Pesta Sukan PASTI Peringkat negeri, Padang Serai

12 JUN 2009
Sambutan Hari Guru PASTI peringkat negeri

27-28 JUN 2009
Pesta Sukan PASTI Malaysia, UNISEL, Selangor.

16-17 OKT 2009
Sambutan 25 Tahun PASTI Malaysia. Kota Bharu

10-13 DIS 2009
Kursus Guru Pakar Ambilan 3 (Siri 1) - Ibu Pejabat PASTI Malaysia



HARI SUKAN PASTI KBG PASU

SABTU, 2 MEI 2009 (7 Jamadil Awal 1430), Kg Pulau Pisang

PASTI Kawasan Kubang Pasu telah menganjurkan Sukan PASTI Peringkat kawasan di Kg Pulau Pisang, Tunjang. Program yang bermula seawal jam 8 pagi itu dihadiri oleh kira-kira 500 orang di kalangan ibubapa, guru-guru, pelajar-pelajar PASTI dan penduduk setempat.

Pengerusi PASTI kawasan, Abu Uwais b Syuib berkata, program tersebut merupakan acara tahunan bagi memilih atlit-atlit cilik yang akan bertanding di peringkat negeri yang akan diadakan pada 30 Mei ini di Padang Serai, Kedah.


Kiri : Dr.Rohani (Ketua Dewan Muslimat PAS K.Pasu memberikan hadiah kepada pemenang acara bola sepak
Kanan : Dr.Rohani memberikan ucapan perasmian penutup Majlis Hari Sukan PASTI Kaw. Kubang Pasu




Anak-anak PASTI dalam Pertandingan bola sepak dan bola jaring

Majlis berlangsung dengan penuh ceria dalam semangat muhibbah. Orang ramai berduyun-duyun berkunjung di tapak sukan untuk melihat gelagat kanak-kanak yang menyertai sukan tersebut. Pelbagai acara diadakan seperti pertandingan bolasepak, bolajaring dan acara sukaneka. Walaubagaimanapun acara sukaneka terpaksa di batalkan kerana hujan lebat.


Kiri : Masyarakat Kg. Pulau Pisang dan PAS Caw. P.Pisang gotong-royong masak gulai daging untuk juadah tengahari semua yang hadir. Kanan : Ketua PAS Caw. P.Pisang sdg ditemuramah oleh oleh wartawan Sinar Harian

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Ketua Muslimat Kubang Pasu, Dr Rohani Muttalib dan jamuan makan tengahari yang di taja oleh PASTI kawasan dengan kerjasama AJK cawangan Pulau Pisang.


Wallahua'lam

* Jutaan penghargaan dirakamkan buat HPA, Era Edar, Berkat Soya dan juga kepada semua individu yang bermurah hati menderma serta menaja hadiah bagi menjayakan Hari Sukan PASTI Kbg Pasu.


Friday, May 1, 2009

GOTONG ROYONG SEMPENA SUKAN PASTI

JUMAAT, Kg Pulau Pisang, 01 MEI 2009 (6 Jamadil Awal 1430)

"Kebersihan separuh daripada iman. Ianya melambangkan budi dan jati diri pekerti seseorang. Kebersihan melambangkan pemikiran seseorang atau sesuatu kelompok masyarakat."

Kira-kira 20 orang hadir menyertai Majlis Gotong-Royong Membersih Markas PAS Darul Qarar, pagi tadi bersempena dengan Sukan PASTI yang akan berlangsung esok. Mereka terdiri daripada AJK Pemuda PAS Kawasan, AJK PASTI Kawasan, AJK PAS cawangan dan beberapa orang penduduk kampung.

Majlis gotong-royong bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 12.00 tengahari.

Antara kerja-kerja yang menjadi tumpuan gotong-royong pada hari ini termasuklah membersihkan padang permainan, memesin rumput, mendirikan khemah, menyapu sampah, meratakan tanah dan seumpamanya.

Gambar-gambar semasa gotong-royong sebagaimana berikut :-




Monday, April 27, 2009

UKURAN PADANG

1. BOLASEPAK



2. BOLAJARING





Friday, April 24, 2009

HARI SUKAN PASTI

ASSALAMUALAIKUM..

InsyaAllah, Jabatan PASTI Kawasan Kubang Pasu akan mengadakan Hari Sukan PASTI Peringkat Kawasan sebagaimana butiran berikut :-

Kg Pulau Pisang, Sabtu, 02 Mei 2009

Antara acara bakal dipertandingkan ialah, bolasepak, bolajaring dan sukaneka.

Semua di jemput hadir !!

"25 TAHUN PASTI MEMIMPIN PERUBAHAN"

Sunday, April 5, 2009

SAMBUTAN 25 TAHUN PASTI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Alhamdulillah, sedar tak sedar usia PASTI Malaysia sudah mencecah 25 tahun. Masih muda belia, bak anak dara. Tentunya banyak sekali suka duka yang telah dilalui oleh semua warga PASTI. Tidak kira siapa pun jua, para guru, pendokong, kakitangan, bekas murid, mahupun insan mulia di belakang tabir yang berjuang tanpa jemu memartabatkan PASTI sejak dari peringkat awal penubuhannya hinggalah sekarang.



Sambutan 25 Tahun PASTI akan diadakan nanti pada 16-17 Oktober nanti di Kota Bharu. Semoga PASTI terus mengorak langkah maju kehadapan. InsyaAllah





Monday, March 30, 2009

PENUBUHAN PASTI DI MALAYSIA

Satu sorotan sejarah

Cetusan idea untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu maka timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam. Pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.

Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Satu perkara yang menarik pada ketika itu ialah dari segi pengasasan pengelolaan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan. Persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan pra sekolah kepada ABIM seawal tahun 1980 an. Maka lahirlah pusat- pusat pendidikan pra sekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).

Di Terengganu pada tahun 1985 TASKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Manakala di Kelantan pusat pra sekolah yang dikenali sebagai Putra Islam yang di kendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan sejak tahun 1988.

Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat pra sekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS negeri masing-masing. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Muktamar Tahunan Ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat. Ustaz Abu Bakar Abdullah dari Terengganu telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan PASTI yang pertama.

Seminar PASTI

Pada 29- 30 Mei 1988 telah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang, Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu "Struktur Organisasi dan Penyelarasan Pendidikan Prasekolah" oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan "Penyelarasan Manhaj Pendidikan Prasekolah' oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama Sdra. Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahaya sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Sdra. Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan Sdra. Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negeri sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.


logo sambutan 25 tahun PASTI

Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.

PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan pertambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Friday, January 2, 2009

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2009

Hari pertama persekolahan anak-anak PASTI Kubang Pasu bermacam-macam karenah. Ada yang datang dah duduk senyap sorang-sorang, ada yang nak mak ayah teman, ada yang nak balik dulu sebab katanya hari tu tak ada aktiviti lagi.

Namun walaubagaimana pun, itulah karenah yang biasa kita lihat di mana-mana sekolah pun. Yang sudah biasa ke sekolah, akan menunjukkan reaksi tenang dan mudah mendapat kawan baru. Bagi yang baru menjejakkan kaki di sekolah pula, kadang-kadang lambat untuk mesra. Dan ada pula yang tak biasa untuk berpisah dengan ibu bapa.



Bagi PASTI Kubang Pasu pula, minggu pertama menunjukkan sambutan yang sedikit dingin. Sesuatu yang ditakuti akan berlaku iaitu tak ramai murid yang mendaftar. Ada PASTI yang 30 orang, 60 orang dan ada juga yang hanya 2 orang pada minggu pertama pendaftaran. Tetapi kini, majoriti PASTI Kubang Pasu mengalami pertambahan bilangan murid pada tahun 2009 berbanding 2008. Terdapat satu sahaja PASTI yang bilangan muridnya merosot.



Akibat kemerosotan ini, dapat disimpulkan dalam perbincangan AJK Pasti Kubang Pasu dapat menyatakan puncanya disebabkan pengurusan di Cawangan yang tidak effektif. Bagi PASTI yang di'jaga' dengan baik oleh cawangan, kita dapat lihat hanya sedikit sahaja masalah yang timbul, manakala yang tidak di'jaga' oleh cawangan, memang PASTI ini bermasalah.

Sehubungan itu, kami menyarankan supaya setiap cawangan lebih bertanggungjawab menjaga maruah PAS iaitu PASTI sepertimana yang dilakukan oleh UMNO dengan Tadika KEMASnya.

Wednesday, November 5, 2008

PENDAFTARAN MURID BARU TELAH DIBUKA

Pendaftaran murid baru PASTI telah dibuka. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4, 5 atau 6 tahun pada 2009 bolehlah hubungi mana-mana PASTI yang berhampiran untuk mendaftarkan anak tuan/puan dengan segera.

Untuk makluman semua, kami telah mendengar beberapa pengalaman waris yang pada awalnya menghantar anak mereka untuk belajar di PASTI selama setahun, dan tahun kemudiannya mereka menghantar anak mereka di sekolah pra sekolah. Ternyata selepas itu mereka menyatakan bahawa memang terdapat perbezaan dari segi perkembangan mental mereka. Waris tersebut telah menyatakan kesan pembelajaran di PASTI amat berkesan dengan bacaan, hafazan doa dan surah, kiraan, bahasa arab, akhlak, ibadah dan sebagainya.




jangan ketinggalan. Fikirlah... demi masa depan anak kita, keturunan kita, bangsa kita, negara kita dan sudah pasti lah demi menjaga kesucian agama Islam yang kita cintai ini...

Tidak semestinya kita perlu keluarkan modal yang lebih untuk mendapat sesuatu yang lebih berkualiti.

Wednesday, October 22, 2008

MAJLIS UJIBAKAT PASTI

Tahniah kepada semua guru yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program majlis Ujibakat PASTI peringkat negeri Kedah yang telah berlangsung pada 18 Oktober 2008 di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Alor Star.

Terdapat beberapa acara yang telah dipertandingkan. Antaranya adalah pertandingan azan dan doa, pertandingan pidato, sajak, khutbah, bercerita kisah al-quran, hafazan surah dan doa harian.

PASTI Kawasan Kubang Pasu hanya menghantar wakil bagi acara seperti berikut:

1. Azan - Mohd Anuar bin Saidin
2. Sajak - Maisarah binti Mohd Fazil
3. Cerita kisah dari Al-Quran - Shawrah Nabihah binti Ali
4. Pidato - Nurul Rosniza binti Che Asmadi
5. Hafazan Surah - Ku Mariyam binti Ku Abdul Hamid

Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid PASTI yang telah memberikan komitmen dan kerjasama.

Bersedialah pula untuk menghadapi Majlis Ujibakat PASTI peringkat Pusat di Sri Mentalun pada 31 okt hingga 1 nov 2008.

Sunday, October 12, 2008

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAN AKHIR

alhamdulillah.. bersyukur kita kepada Allah SWT kerana telah mengizinkan kita menghirup udara-Nya yang nyaman tanpa sebarang bayaran dikenakan.

Sepanjang tahun ini, kita telah diuji dengan pelbagai dugaan dan cubaan. Dan akhirnya ternyata kita tabah menghadapinya dan mengharunginya sehingga akhir tahun tanpa rungutan dan keluhan. Ini lah dia satu perjuangan seorang guru yang sanggup menerima tekanan dari pelbagai pihak, sama ada dalam atau luaran, demi untuk membuktikan yang pendidikan Islam inilah perlu dijadikan pilihan pertama setiap ibu bapa untuk mendedahkan anak-anak mereka kepada kehidupan sebenar.

Itulah sifat Allah. Dia akan memberi ujian kepada orang yang Dia suka. Jika lulus ujian tersebut, maka darjatnya akan ditingkatkan lagi.

Setelah kita mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan sepanjang tahun ini, kini tibalah masanya anak-anak PASTI negeri Kedah akan menduduki peperiksaan akhir iaitu pada 13hb hingga 16hb Oktober 2008.

Peperiksaan ini akan memberikan penilaian bukan sahaja kepada anak-anak kita, tetapi juga kepada guru-guru yang mengajar. Inilah waktu yang mana para guru perlu mengambil kesempatan untuk muhasabah diri dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang tahun ini, sama ada kaedah yang dilaksanakan adalah sesuai atau kurang sesuai atau pun tidak sesuai.

Bagi guru-guru yang menghadirkan diri ke kursus-kursus yang disediakan oleh PASTI Negeri atau Pusat, dan mengamalkan ilmu yang dipelajari, maka sudah tentu bukan menjadi masalah kepada guru tersebut untuk mengajar bakal-bakal ulamak profesional ini, malah semakin lama mengajar semakin seronok dan bersemangat lagi untuk berjumpa dengan anak-anak ini.

Marilah kita bersama-sama tingkatkan kualiti kaedah pengajaran kita supaya kualiti anak-anak PASTI ini dapat dipertingkatkan seterusnya menjadi model kepada pusat-pusat asuhan pra sekolah yang lain dalam kaedah pengajaran dan pembelajarannya.

Akhir sekali marilah kita memberikan semangat dan berdoa, agar anak-anak kita dapat menjawab peperiksaan dengan baik, sebagai mana baiknya kita mendidik dan mengasuh mereka.

Dan ingatlah, lahirnya generasi yang bertaqwa, kitalah pemangkinnya.

Tuesday, September 2, 2008

SUKANEKA EKSPO RAKYAT SEJAHTERA

Setinggi2 tahniah diucapkan kepada Majlis Guru Pasti Kubang Pasu dengan kerjasama Dewan Muslimat Kubang Pasu diatas kejayaan menganjurkan sukaneka bersempena Ekspo Rakyat Sejahtera yang telah berlangsung pada 28hb, 29hb dan 30hb Ogos 2008 yang lalu.


Majlis sukaneka yang dijalankan pada sebelah pagi pada 30hb Ogos telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh penduduk tidak mengira bangsa dan agama.




Majlis tersebut telah berlangsung seawal 8.30 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengahari itu telah menunjukkan kejayaan, keazaman dan kesungguhan guru-guru PASTI kawasan Kubang Pasu dalam menjayakan misi yang telah diamanahkan oleh jawatankuasa Memperkasakan PAS Kubang Pasu (PERKASA).




Antara acara yang dijalankan adalah seperti pertandingan mengisi air dalam botol dengan span, bawa bola ping pong dengan sudu dan tiup belon sampai pecah. Aturcara pada pagi tersebut ditamatkan dengan dua acara yang berjalan serentak iaitu pertandingan mewarna bagi kategori 7 hingga 9 tahun dan pertandingan melukis bagi kanak-kanak 10 hingga 12 tahun.

Tahniah sekali lagi buat semua guru-guru PASTI Kawasan Kubang Pasu dalam menjayakan aturcara yang telah dirancangkan dengan jayanya.

Wednesday, May 28, 2008

HARI GURU PASTI NEGERI KEDAH 2008


23hb Mei 2008, semua guru-guru PASTI seluruh negeri Kedah telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru PASTI peringkat negeri Kedah yang bertemakan "Guru Pendidik Sepanjang Zaman" yang telah diadakan di Dewan Seri Mentalun, kediaman rasmi Menteri Besar Kedah.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Abdullah Jusoh ( Exco Pendidikan Negeri Kedah ).

YB Abdullah Jusoh


Semua kawasan telah menghantarkan wakil yang terdiri dari guru-guru, pengerusi pasti kawasan, cawangan dan juga ajk-ajk pasti bagi menjayakan majlis tersebut.

Para hadirin sedang mendengar ucapan perasmian Exco Pendidikan Negeri Kedah

Majlis telah bermula jam 9.00 malam dan dimulakan dengan bacaan al-Quran (Surah Ar-Rahman) oleh adik Mohd Hafiz berumur 7 tahun. Beliau adalah bekas pelajar PASTI Mergong.
PASTI Kubang Pasu juga tidak ketinggalan menghantar guru-gurunya untuk mendengar amanat dari Pengarah PASTI Negeri dan juga Exco Pendidikan Negeri kedah pada malam tersebut. PASTI Kubang Pasu mengucapkan terima kasih kepada guru-guru PASTI Kawasan Kubang Pasu kerana memberikan komitmen untuk hadir sempena hari menghargai jasa guru ini.



Majlis malam tersebut juga diserikan dengan persembahan nasyid yang dibawakan khas dari Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU). Walaupun hanya 3 orang dari 10 orang ahlinya yang dapat hadir malam tersebut, ternyata mereka mampu menyampaikan persembahan yang sungguh mantap. Tahniah kami ucapkan.

Sebelum majlis berakhir, penyampaian anugerah tokoh guru telah disampaikan oleh YB Abdullah Jusoh. Calon tokoh guru dari Kubang Pasu adalah Pn Zamalati yang mengajar di PASTI Ihya Ulumuddin, Changlun. Beliau merupakan salah seorang guru yang telah lama berkhidmat mendidik anak-anak PASTI tanpa rasa jemu dan merupakan seorang yang sungguh penyabar dan tekun dalam melakukan segala tugas. Beliau juga merupakan Pengerusi MGP Kawasan Kubang Pasu.

Namun, Kubang Pasu dikatakan tiada rezeki pada tahun ini kerana tidak mendapat Tokoh Guru PASTI.
Majlis pada malam itu telah tamat jam 11 malam dengan sesi bergambar semua calon tokoh guru negeri kedah bersama para VIP.

Thursday, May 22, 2008

SELAMAT HARI GURU

PASTI Kawasan Kubang Pasu mengucapkan selamat menyambut Hari Guru pada tahun 2008 kepada semua warga pendidik di mana jua anda berada. Ucapan ini ditujukan terutamanya kepada guru-guru PASTI amnya dan PASTI Kubang Pasu khususnya di atas segala usaha dan dedikasi kalian dalam mengajar dan mendidik anak bangsa menuju keredhaan Allah.

Para guru sekalian. Profesional guru merupakan satu pekerjaan yang paling mulia. Ini adalah kerana Allah meninggikan darjat seseorang itu dengan tinggi ilmunya dan Rasulullah SAW pernah bersabda. Antara lain maksudnya "jika kamu inginkan dunia, mestilah dengan ilmu. Jika kamu inginkan akhirat, mestilah dengan ilmu. Jika kamu inginkan kedua-duanya, mestilah dengan ilmu." Maka dengan ini, layaklah seorang guru yang tugasnya menyampaikan ilmu ditinggikan kemuliaannya di sisi Allah.

Tugas sebagai guru memang mancabar. Apatah lagi menjadi guru di PASTI, dengan pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi, gaji yang sedikit, tiada bantuan dari kerajaan, sudah pastilah mereka yang tiada perkataan "Lillahi taala" di dalam hatinya akan berasa kecewa dan berputus asa. Lihatlah kegigihan dan kecekalan hati guru-guru PASTI kita, walaupin menerima gaji yang serendah RM 150.00 sebulan, demi mengerjakan tugasnya dengan penuh ikhlas, menjadikan ia satu ibadah yang sungguh mulia dan agung yang tiada tandingannya. Inilah puncanya mengapa anak-anak didikan PASTI yang menerapkan kebesaran Allah dan menjadikan diri setiap mereka seorang yang cemerlang di dunia bahkan juga di akhirat kelak menjadi seorang yang sungguh beruntung dan memiliki cinta Rabbul Jalil.

Para guru sekalian, ingatlah! Kalian mendidik seorang anak manusia biasa dan natijahnya, kebesaran Allah ditanam di dalam hati-hati mereka. Kalian mengenalkan mereka dengan RAsul-rasul kekasih Allah, kalian mengenalkan mereka dengan para malaikat dengan pelbagai jawatan, kalian mengenalkan mereka dengan kitab Allah yang teragung, dan kalian mengenalkan mereka dengan ketentuan qadak dan qadar yang mesti diterima walaupun manis ataupun pahit. Kesemua ini adalah asas-asas agama yang suci, Islam, tiada yang lebih tinggi darinya yang tidak dapat mereka pelajari di mana-mana pra sekolah yang yurannya serendah PASTI.

Sekali lagi kami mengucapkan SELAMAT HARI GURU. Jasamu bukan hanya kepada anak-anak PASTI, namun jasamu adalah kepada kebangkitan Islam disebelah timur seperti yang telah dijanjikan oleh Rasulullah yang akan berlaku di akhir zaman. Terima Kasih guru...

Monday, May 12, 2008

Makanan Segera Antara Punca Kegemukan Kanak-Kanak


MAKANAN segera atau fast food sering menjadi pilihan kanak-kanak apabila mereka dibawa keluar sama ada untuk bersiar-siar atau membeli-belah. Pastinya, restoran makanan segera menjadi pilihan utama, apatah lagi jika set makanan itu turut menyediakan permainan.

Namun, ibu bapa sepatutnya mendidik dan melatih anak mereka supaya mengamalkan diet seimbang, iaitu mengambil semua jenis makanan yang membekalkan karbohidrat, protein, fibre atau serat dan kalsium.

Tidak dinafikan memang sukar bagi ibu bapa mengawal pemakanan anak-anak, terutama bagi mereka yang berusia di antara lima hingga 10 tahun.

Perunding Pemakanan Mont Kiara Medical City di Kuala Lumpur City Centre, Farah DiBa Khan, berkata pengambilan makanan segera perlu dihadkan seminggu sekali kerana ia tidak membekalkan diet seimbang.

Beliau berkata, makanan segera banyak mengandungi lemak dan diet seumpama itu tidak berkhasiat kepada kanak-kanak yang sedang membesar kerana dikhuatiri mereka akan mengalami masalah kegemukan pada kemudian hari.

Makanan segera selalunya tidak mengandungi serat manakala kandungan gula dan garam pula tinggi.

“Sebaik-baiknya hadkan pengambilan makanan segera seminggu sekali kepada anak. Sebagai ibu bapa, anda perlu melatih dan mendidik mereka supaya tidak kerap mengambil makanan segera sejak peringkat awal lagi.

“Memang sukar untuk melatih mereka mengamalkan diet seimbang dan berkhasiat dan ini mungkin mengambil masa. Selalunya tarikan utama kanak-kanak terhadap makanan segera adalah permainan yang turut dijual di dalam setiap set makanan kanak-kanak,” katanya.

Ketika ditemui di ibu negara baru-baru ini, Farah DiBa berkata, makanan mempunyai fungsi penting dalam kehidupan dan pertumbuhan setiap kanak-kanak.

Lazimnya, burger, kerepek kentang, sosej dan nuget ayam sering menjadi pilihan walhal semua makanan itu boleh dibuat dan dimasak sendiri di rumah.

“Justeru, jika ada masa terluang, ibu-ibu boleh membuat sendiri burger, sosej, kerepek kentang dan nuget ayam. Ini jauh lebih baik kerana selalunya apabila makanan itu dimasak sendiri, tiada bahan pengawet dan perasa yang digunakan,” katanya.

Beliau berkata, selain pengambilan makanan segera, ibu bapa juga tidak berpeluang memantau pengambilan pelbagai jenis makanan yang kurang berkhasiat pada anak-anak ketika di sekolah.

Kantin sekolah pula selalunya lebih banyak menyediakan makanan bergoreng dan berlemak dan ini sekali gus menjadikan pengambilan makanan anak-anak tidak seimbang dan berkhasiat.

“Sebaik-baiknya, sediakan bekalan dari rumah untuk ke sekolah. Ini bukan saja dapat mengajar anak itu berjimat cermat tetapi mendidik mereka supaya mengamalkan diet yang lebih baik. Bagaimanapun, seminggu sekali beri wang saku kepada mereka untuk membolehkan mereka berbelanja di sekolah pula.

“Sebagai ibu bapa, anda perlu bijak menyediakan bekalan makanan untuk anak. Pelbagaikan makanan yang dibekalkan, contohnya, sandwic sardin, pau kukus, sandwic telur, sandwic tuna dan mi goreng.

“Pastikan menu bekalan itu berubah setiap hari kerana dikhuatiri anak akan cepat bosan jika anda menyediakan makanan yang sama saban hari,” katanya.

Farah DiBa berkata, anak juga jarang atau sukar mengambil sarapan dan keadaan ini kadangkala menyebabkan ibu bapa buntu memikirkan makanan terbaik untuk anak mereka sebelum melangkah ke sekolah.

Jika kanak-kanak kurang selera untuk makan, pastikan mereka minum segelas susu rendah lemak untuk mengalas perut sebelum ke sekolah. Susu rendah lemak perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak apabila mereka berusia lima tahun.

“Apabila anak anda sudah mencapai usia lima tahun, sebaik-baiknya, perkenalkan kepada mereka makanan dan minuman rendah lemak sebagai satu daripada langkah mencegah kegemukan.

Berdasarkan kajian, alasan yang sering diberikan kerana mengabaikan sarapan ialah tidak cukup masa dan kurang selera.

Malah, hanya kira-kira 30 peratus kanak-kanak sekolah rendah didapati tidak bersarapan biarpun ia amat penting sebelum memulakan kegiatan harian.

Katanya lagi, selain mendidik anak terhadap pemakanan seimbang dan berkhasiat, ibu bapa juga digalakkan supaya mengajar anak-anak mereka bersenam sejak kecil lagi untuk memastikan mereka tidak mengalami masalah kesihatan, termasuk kegemukan.

Mengikut kajian, hanya 24 peratus kanak-kanak terbabit dalam kegiatan fizikal seperti berbasikal, bermain badminton dan berlari.

Bagaimanapun, apa yang membimbangkan ialah 76 peratus daripada mereka lebih menumpukan perhatian terhadap kegiatan yang tidak memerlukan pengeluaran peluh seperti menonton televisyen.

Makanan yang sering diambil oleh kanak-kanak untuk sarapan?

- Roti (21 peratus).

- Nasi lemak (15 peratus).

- Nasi goreng (14 peratus).

- Kuih-muih (13 peratus).

- Roti canai (sembilan peratus).

- Mi dan telur (masing-masing lapan peratus).

- Bijirin (tujuh peratus).

- Goreng pisang (tiga peratus).

- Lain-lain (dua peratus).

Farah DiBa berkata, pengambilan makanan tidak seimbang dan tidak bersenam adalah dua faktor yang meningkatkan risiko kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan masalah kegemukan selain genetik.

Justeru, beliau berkata, bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga bermasalah kegemukan, perlu memandang berat pengambilan makanan di kalangan anak mereka sejak dari kecil.

“Ini kerana, katanya, kanak-kanak yang gemuk sejak kecil akan terus menjadi gemuk apabila dewasa walaupun tidak 100 peratus daripada mereka akan berterusan berkeadaan begitu. Namun, amat kurang kanak-kanak gemuk akan menjadi kurus apabila mereka meningkat dewasa,” katanya
--------------------------------------------------------------------------------
SUMBER: BERITA HARIAN 10.4.08 (Raihanah Abdullah)

Thursday, April 24, 2008

PERSIAPAN HARI SUKAN PASTI KAWASAN KUBANG PASU 2008

Bermacam persiapan sedang dilakukan dalam merealisasikan Hari Sukan PASTI Kawasan Kubang Pasu bagi tahun 2008 ini. Ini adalah kali pertama Hari Sukan PASTI Kawasan Kubang Pasu diadakan setelah beberapa tahun tidak dijalankan. Mengikut perancangan dan ketentuan dari mesyuarat Pemuda Kawasan dan guru-guru PASTI, Hari Sukan tersebut adalah seperti berikut :
Tarikh : 1 Mei 2008 ( Khamis )
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 ptg
Tempat : Markaz Tarbiyah Pas, Kg Pulau Pisang
Acara : Bola sepak, Bola jaring dan Sukaneka

kepada sesiapa yang berkelapangan, sila lah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Sunday, March 30, 2008

Benarkah kita mencintai dan menjadikan Nabi s.a.w sebagai ikutan?

Pertama kali diucapkan selamat menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah s.a.w kepada semua kaum muslimin dan muslimat, semoga sambutan kali ini memberi nafas baru kepada kita untuk menjadikan segenap ajaran baginda inspirasi menuju kecemerlangan hakiki.

Namun apa yang perlu diutarakan kepada sidang pembaca setia harakahdaily.net, ialah satu persoalan yang mungkin tidak terlintas dalam pemikiran kita semua, berhubung kebenaran kecintaan dan ikutan kita terhadap baginda Rasulullah s.a.w

Isu perarakan yang dilakukan pada awal pagi 12 Rabiulawal saban tahun seolah-olah menggambarkan bahawa rakyat Malaysia yang beragama Islam menunjukkan kesungguhan mereka untuk mencintai Rasulullah, tetapi apakah benar mereka mencintai Rasulullah setelah selesai melakukan perarakan?.

Sesungguhnya kecintaan terhadap Rasulullah tidak terhenti pada majlis perarakan, kalau itu yang berlaku, ia bermakna tidak ada perbezaan dengan tindakan Abu Lahab (Pak Cik Nabi) setelah mengetahui bahawa Rasulullah diputerakan, lantas beliau mendakap jasad baginda yang mulia dan membawanya mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan (serupa amalan tawaf mengelilingi Kaabah). Image

Tetapi apa yang terjadi kepada Abu Lahab setelah baginda meningkat dewasa dan dilantik pula menjadi Rasul terakhir, beliaulah orang yang paling keras menentang kebenaran yang dibawa oleh anak saudaranya sendiri.

Inilah yang terjadi kepada kebanyakan umat Islam dalam negara kita, pada waktu pagi berarak, dan di waktu petang hari melakukan tindakan yang menentang Islam dengan penganjuran program maksiat seperti membenarkan konsert Akademi Fantasia 6 disiarkan menerusi Astro dua hari selepas berarak (22 Mac 2008).

Tidakkah golongan seperti ini perlu memerhatikan ayat Allah menerusi surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud: Katakanlah Wahai Muhammad (kepada umatmu) Jika kamu cintakan Allah, maka ikutlah aku, pasti Allah cinta kepada kamu.

Dalam ayat 21 surah al-Ahzab, Allah menegaskan bahawa: Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh teladan ikutan yang baik. Sementara dalam ayat 8 surah as-Soff maksudnya: Dialah (Allah) mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dengannya dapat mengalahkan agama seluruhnya walaupun tindakan baginda itu tidak disukai oleh golongan orang-orang musyrikin.

Apabila kita merujuk kepada ketiga-tiga ayat di atas, yang menganjurkan kepada kita agar mencintai baginda, menjadikan baginda contoh teladan, membawa petunjuk ke jalan kebenaran, dan banyak lagi, tetapi adakah kita telah mengikut saranan ayat-ayat di atas.

Umat hari ini selepas berarak, mereka membenci sunnah-sunnah Nabi, sebagai contoh melantik para pemimpin yang tidak menjalankan hukum-hukum Allah sampai hari ini walaupun negara sudah merdeka lebih lima puluh tahun.

Mereka juga tidak menjadikan baginda Rasulullah s.a.w sebagai contoh dalam segenap aspek kehidupan sebagai muslim, ini termasuk dalam aspek pentadbiran negara, institusi kewangan, kemasyarakatan, persekitaran dan lain-lain, semuanya diikat dengan sistem Sekularisme, Kapitalisme dan lain-lain.

Malah mereka juga tidak yakin bahawa agama Islam adalah agama yang betul dengan prinsip rukunnya yang lima, hingga mencipta satu agama baru "Islam Hadhari" dengan prinsip yang sepuluh dengan pelbagai alasan.

Dalam Islam, perkataan Islam dan Iman tidak boleh dipisahkan bagaikan aur dengan tebing, jadi kalau ada Islam Hadhari, mestilah juga ada istilah Iman Hadhari, Islam Hadhari diterjemahkan dengan Islam yang bertamadun, ini menunjukkan ada lagi istilah Islam yang tidak bertamadun.

Inilah yang dikatakan bahawa kalau tidak mahu terima Islam sebenar, itu adalah haknya untuk menolak, tetapi jangan sampai mengajak orang ramai (rakyat) menentangnya juga.

Ingatlah apa yang pernah diungkapkan oleh Saidina Omar Bin al-Khattab: "Dulu kami adalah golongan yang hina kerana menolak Islam, kemudian Allah muliakan kami dengan Islam, tetapi apabila jika kami mencari kemuliaan selain daripada Islam, pasti Allah akan timpakan penghinaan atas diri kami". - mns

petikan Harakah Daily (21/3/08)

Ustaz Zainudin Hashim

Sunday, March 23, 2008

KENAPA AKU DIUJI ?

Setiap manusia akan diuji. Cuma bezanya adalah cara kita menerima ujian yang diberikan. Adakah kita redha, atau kita menjadi lupa bahawa diri kita adalah milik Tuhan sekalian alam.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... - Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

Monday, February 18, 2008

Sepetang Bersama Dato Harun Din

PASTI Kawasan Kubang PASu berasa sungguh banggan dan berbesar hati dengan kehadiran Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr Harun Din ke PASTI Al-Huda, Taman Mahsuri, Jitra, Kedah untuk bertemu masyarakat sekitar.


Masyarakat yang mengikuti perkembangan dan menghargai anugerah Allah akan 'masin'nya doa seorang ulama telah mengambil kesempatan membawa air untuk didoa untuk kesejahteraan dan kesihatan sekeluarga.


hadirin yang datang mendengar ceramah dan amanat beliau dianggarkan seramai 2 ribu orang dan telah memenuhi ruang padang berhampiran sehingga menyebabkan pihak penganjur meminta izin penduduk setempat untuk menutup jalan bagi melapangkan kawasan.





Wednesday, February 13, 2008

EDISI PERTAMA BLOG PASTI KEDAH

Alhamdulillah... syukur kepada Allah S.W.T yang telah mengizinkan wujudnya blog PASTI Kubang Pasu sebagai wadah menyampaikan dan berkongsi maklumat mengenai PASTI Kubang Pasu. Diharapkan dengan wujudnya blog ini, akan memudahkan sahabat-sahabat dari kawasan atau negeri lain dapat berkongsi pendapat dalam menjulang sistem pendidikan Islam di negara Malaysia yang tercinta ini.

Sebarang komen dan cadangan amatlah kami alu-alukan. Semoga sistem pendidikan Islam ini dapat diterima oleh semua peringkat masyarakat dan bangsa.

Sunday, January 28, 2007

PASTI MALAYSIA

LAMAN BLOG PASTI SELURUH MALAYSIA

PASTI Kedah PASTI Pdg Serai PASTI Al Badar Gombak PASTI Al Ukhuwwah Kluang PASTI An-Nur PASTI As-Salam, Melaka PASTI As-Syifa PASTI Darul Ulum PASTI Hidayah, Maran PASTI Hulu Langat PASTI Johor PASTI Kelantan PASTI Kota Kinabalu PASTI Pahang PASTI Perak PASTI Permatang Pauh PASTI Sepanggar, KK PASTI Seremban PASTI Shah Alam PASTI Siti Sarah, Bangi PASTI Solehah, Tmn Merdeka Melaka PASTI Tambun, Perak PASTI Wilayah









Friday, April 8, 2005

PASTI AL-HUDA, TAMAN MAHSURI





Pasti Al-Huda, Taman Mahsuri terletak berhadapan dengan pintu utama Masjid Muttaqin, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah. Pasti ini merupakan sebuah rumah yang disewa untuk dijadikan sebuah pusat pendidikan dan tarbiyah anak-anak bangsa supaya membesar dengan asas-asas Islam sebagai jatidiri yang menganal Allah, Rasul, Kitab, Malaikat dan Qada qadarnya seawal umur 4 tahun.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :- 019-4250049

Thursday, April 8, 2004

PASTI AL-HUDA, LEMBAH PALAS




Pasti Al-Huda, Lembah Palas terletak di belakang Masjid Kampung Lembah Palas. Jaraknya sekitar hanya 2 kilometer dari simpang empat Pekan Changlun.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :- 012-4772026

Thursday, January 8, 2004

PASTI AL-FITRI, KG. BELUKAR




Pasti Al-Fitri, Kg Belukar terletak lebih kurang 2 km dari Pekan Changlun. Dari jalan besar (lebuhraya) hanya mengambil masa sekitar 3 minit untuk sampai. Guru yang mengajar pasti tersebut adalah Puan Salmah Bee yang telah berkhidmat sekian lama sebagai pendidik tanpa mengira letih dan penat.

Pasti ini berkongsi bangunan dengan Markaz Cawangan Kg Belukar, Changlun.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :- 019-4746658

Sunday, September 7, 2003

PASTI Ihya 'Ulumuddin, Changlun

PASTI Ihya 'Ulumuddin, terletak di dalam kawasan Masjid Ihya 'Ulumuddin di Changlun. Tiga orang guru yang berdedikasi sedang berkhidmat memberikan didikan kepada anak bangsa.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 012-4152586

PASTI Kg Alor Rambai


PASTI Al-Hidayah terletak di Kampung Alor Rambai. Lebih kurang 1km dari simpang jalan utama Alor Star - Changlun. Jalan masuk melalui Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 017-5212426