Wednesday, October 23, 2013

JOM AJAR ANAK MENABUNG



Ramai anak-anak tidak mempunyai tabiat menabung sejak kecil, hasilnya bila dah besar tak lekat duit…betul atau tidak?  Jom kita pastikan anak-anak menabung setiap hari walaupun 10 sen. Bak kata Pepatah Melayu  "Sedikit, sedikit, lama-lama jadi bukit.
 
 

11 Tips Memupuk Minat Menabung:
  1. Bantu anak-anak merancang perbelanjaan harian
  2. Tanya apa yang anak beli di sekolah supaya dia rasa kita ambil berat tentang wang dan perbelanjaan
  3. Beri wang mengikut keperluan, beri lebih hanya jika ada keperluan tambahan pada hari tersebut
  4. Jangan ikut 100% kehendak mereka, ajak mereka berfikir samada perlu beli sekarang, ditangguhkan dahulu atau tidak perlu sangat.
  5. Sentiasa buat perbandingan harga dan kualiti ketika membeli belah bersama anak agar mereka dapat menilai wang dan mencontohi budaya berbelanja
  6. Beri gambaran kepada mereka bagaimana kalau tidak menabung dan tiada wang
  7. Beri gambaran kepada mereka bagaimana dengan wang tabungan kita boleh membeli apa yang kita hajati dengan mudah dan terancang
  8. Menggunakan buku wang saku atau merekod perbelanjaan harian
  9. Menyertai ahli kelab-kelab dan aktiviti berkaitan kewangan di sekolah
  10. Sentiasa berpesan agar jangan biasakan meminjam dari rakan, ada duit baru belanja
  11. Ibu bapa perlu amalkan bijak belanja supaya mudah dicontohi
  12. lagi cantik kalau kita masukkan duit tabungan ke dalam akaun TABUNG HAJI dan terus daftar utk menunaikan haji.. nanti anak-anak dah habis sekolah, terus boleh tunaikan haji dengan wang tabungannya. Bleh masuk sekali duit-duit raya setiap tahun. (tips ke 12 ni yang saya tambah )
Walaupun penerapan menabung dilakukan berterusan, sekali sekala perlu menggalakkan membeli hadiah atau bertukar hadiah di kalangan adik beradik atas sesuatu sebab yang sesuai seperti hari jadi, pencapaian cemerlang dan sebagainya bagi mengikis sifat kedekut dan mengeratkan tali persaudaran serta mewujudkan kasih sayang di antara mereka.

sumber dari: http://www.blog.rahsiaanakpintar.com/