Wednesday, November 18, 2015

PROJEK WAQAF PAPAN TANDA PASTI

Syukran jazila diucapkan kepada semua pewaqaf-pewaqaf untuk Papan Tanda PASTI Kubang Pasu.

Fasa pertama, telah berjaya menyiapkan sebanyak 6 papan tanda tersebut, alhamdulillah dan telah memasangnya ke PASTI-PASTI. Usaha ini diteruskan lagi sehingga semua PASTI dapat menerima papan tanda berkenaan. Setiap bahagian kupon waqaf tersebut berjumlah RM60.00..


       












 



-Unit ICT-

MAJLIS IHTIFAL PASTI KUBANG PASU 2015


Majlis Ihtifal PASTI Kubang Pasu telah berlangsung pada 14 November 2015, bermula jam 8.30 pagi di Raudhah D' Kelubi, Jalan Malau, Jitra. Majlis tersebut di rasmikan oleh Ust Masmawi Ishak selaku NYDP Pas Kubang Pasu. Pelajar pada tahun 2015 ini, seramai 123 pelajar terdiri  pelajar 6 Tahun. Turut hadir juga ialah pelajar cemerlang bagi 5 Tahun beserta para waris.


     




Pihak Pengurusan PASTI, para guru PASTI serta semua waris merakamkan jutaan Tahniah kepada pelajar cemerlang peringkat kawasan Kubang Pasu dimana mereka akan mewakili Kubang Pasu untuk kecemerlangan peringkat Negeri Kedah, di INSPIN, Alor Star, iaitu:

MUHAMMAD DHIA' AFKAR BIN AHMAD NIZAM
6 TAHUN, PASTI AL FATHONAH, KG LUBUK KAWAH




NUR IZZAH INSYIRAH BT MD FAIZAL 
5 TAHUN, PASTI AS-SIDDIQ, KG TELUK GELAM



-Unit ICT-