Sunday, November 16, 2014

MAJLIS KONVOKESYEN PASTI KAWASAN KUBANG PASU 1435H / 2014M


Tahniah...!

kepada pelajar PASTI yang cemerlang 5 Tahun dan 6 Tahun. Diharap dapat meneruskan kejayaan hingga ke akhirat.

Pelajar PASTI yang lain, perlu berusaha lagi pada tahun hadapan insyaallah.

Selamat Berkonvokesyen...

Tarikh   : 21 NOVEMBER 2014 (Jumaat)
Masa     : 2.30 Ptg 
Lokasi  : Dewan HOTEL BUSTANI, Jitra, Kedah.

Waris dan Ajk berkenaan dijemput hadir.....

Pengerusi 
PASTI Kawasan Kubang Pasu


Monday, October 27, 2014


SELAMAT MAJU JAYA KEPADA 
SEMUA ANAK-ANAK PASTI KAWASAN KUBANG PASU
PADA TAHUN 2014.

SEMOGA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT, INSYAA ALLAH..

Daripada:
Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa 
PASTI Kawasan Kubang Pasu

Thursday, September 4, 2014

SAMBUTAN KEMERDAKAAN KE 57


PASTI KAWASAN KUBANG PASU MENYAMBUT SEMPENA KEMERDEKAAN KE 57
PERINGKAT KAWASAN KUBANG PASU - 2 SEPTEMBER 2014

"DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA"
"HIDUP ISLAM"
 
 
 
  

TAHNIAH KEPADA SEMUA PASTI YANG TERLIBAT.....

Wednesday, August 6, 2014

Selamat Hari Raya dan Alam Ria Negeri

Sempena Syawal yang masih berbaki ini, pihak Jawatankuasa ingin memohon kemaafan di atas kesalahan dan kelemahan yang dilakukan.

Kami juga ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para guru dan waris PASTI.

Alam Ria PASTI Peringkat Negeri Kedah akan berlangsung pada :

       15 Ogos 2014 di SRIDU.

Semua dijemput hadir.



Pasti Kubang Pasu


Wednesday, July 16, 2014


"Mahabbah Kasih"
Berbuka Puasa bersama Guru-guru PASTI dan Sumbangan Raya
di Markaz PAS Kubang Pasu
Jam 5.45 ptg
Pada: 17 Julai 2014 (Khamis)

Program bersama : 
Pas Kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Jabatan PASTI Kubang Pasu

Semua berkenaan dijemput hadir..

Tuesday, July 15, 2014






Jabatan PASTI Kawasan Kubang Pasu ingin mengucapkan selamat bertadarus kepada semua guru PASTI Kubang Pasu di KOMPAS
pada 15 Julai 2014.

Sempena program ini juga, semua PASTI seluruh Kedah mengambil cuti peristiwa.

Harap semua waris dapat memahami dan memberi kerjasama.

Terima kasih semua...


Pengerusi PASTI
Kawasan Kubang Pasu 2014


Monday, June 30, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Seluruh warga Jabatan PASTI Kawasan Kubang Pasu mengucapkan Selamat Berpuasa padaBulan Ramadhan 1435H kepada para waris, para dermawan dan sukarelawan PASTI.

Semoga tahun ini kita semua diampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan samaada sengaja atau tidak. 

Kami juga mengambil kesempatan ini ingin memohon kemaafan di atas kelemahan, kesilapan atau kesalahan yang telah dilakukan sepanjang mengendalikan Jabatan PASTI.

Ahlan Wasahlan Ramadhan Kareeem..

Pengerusi PASTI
Kawasan Kubang Pasu
Tahun 2014

 


Wednesday, June 4, 2014

SUKANEKA PASTI 2014





TARIKH : 24 MEI 2014
LOKASI : PADANG AWAM, KG TANAH MERAH, JITRA

Thursday, May 22, 2014

LAWATAN RUMAH PELAJAR PASTI TERBAKAR (BILIK)


NAMA PELAJAR: MOHD ZAIM FAUZAN BIN ZULKARNAIN (4 THN)
PASTI : AL-HIDAYAH, ALOR RAMBAI
TARIKH LAWATAN : 15 MEI 2014
LOKASI RUMAH : KG TOK JALAI, JITRA

Monday, May 19, 2014

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SEDANG BERLANGSUNG

Assalamualaikum.

Marilah kita doakan kecemerlangan anak-anak PASTI Kawasan Kubang Pasu khasnya, dalam peperiksaan pertengahan tahun 2014 ini:

Tarikh        : 19 - 22 Mei 2014   

Doakan juga mereka akan menjadi anak  muslim, soleh, jundullah, baca Al-Quran dan amalkan Al-Quran.

Allahuakbar!

Pengerusi PASTI
Kawasan Kubang Pasu

Sunday, May 18, 2014

SUKANEKA PASTI KAWASAN KUBANG PASU 2014

Salam semua

Sukaneka PASTI Kawasan Kubang Pasu adalah seperti berikut:

Tarikh      : 24 Mei 2014 (Sabtu)
Masa       : 8.00 pg - 12.30 tgh
Tempat    : Padang Awam Kg Tanah Merah, Jitra, Kedah
Perasmi Penutup: 
                     Al-Fadhil Ust Mohd Subky Sulaiman
                     Timbalan Pengarah 1,
                     Jabatan PASTI Negeri Kedah.

Kerjasama    : DPP Kawasan, DPP Cawangan Kg Tanah Merah dan DPP Cawangan-cawangan...

Semua dijemput hadir.

Sesiapa yang hendak hulurkan sumbangan boleh salurkan ke akaun Bank Islam (seperti tertera di laman Blog) atau hubungi Bendahari PASTI Kawasan Kubang Pasu (Sdr. Arzamalimi - 0184722267)

Syukran Jazila.

Pengerusi PASTI 
Kawasan Kubang Pasu

TAHNIAH KONTINJEN KUBANG PASU SUKAN PASTI NEGERI KEDAH

Sukan PASTI Peringkat Negeri Kedah pada 10 Mei 2014 baru ini, di Padang Awam Laguna Merbok, Sungai Petani telah selesai:

Tahniah! diucapkan pasukan Bola Jaring tempat ke-5 

Tahniah! diucapkan pasukan Bola Sepak Naib Johan


Pengerusi PASTI
Kawasan Kubang Pasu

Selamat Hari Guru 2014

SELAMAT HARI GURU 2014



"PENDIDIK GENERASI AL-QURAN"


Semua guru PASTI Kawasan Kubang Pasu.

Saya mewakili jawatankuasa PASTI Kawasan ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru PASTI semoga Allah mencucuri rahmat dan memberi ganjaran setimpal di akhirat nanti, aminn.

Semua ini adalah perjuangan yang dituntut Islam lebih-lebih lagi dalam proses pentarbiyahan kanak-kanak ke arah menuju REDHA Allah Taala.

Sayangilah anak-anak PASTI kita seperti mana kita sayangi anak kita sendiri, lihatlah anak-anak PASTI kita dengan penuh kasih sayang... Allahu Rabbi...

Semoga Allah melimpahkan KASIH SAYANG-NYA kepada kita sebagai pendidik. Ingat, keikhlasan adalah faktor tiada tembok halangan Kasih Allah kepada kita, insyaAllah....

Cikgu Aziz
Pengerusi PASTI
Kawasan Kubang Pasu