Wednesday, November 18, 2015

PROJEK WAQAF PAPAN TANDA PASTI

Syukran jazila diucapkan kepada semua pewaqaf-pewaqaf untuk Papan Tanda PASTI Kubang Pasu.

Fasa pertama, telah berjaya menyiapkan sebanyak 6 papan tanda tersebut, alhamdulillah dan telah memasangnya ke PASTI-PASTI. Usaha ini diteruskan lagi sehingga semua PASTI dapat menerima papan tanda berkenaan. Setiap bahagian kupon waqaf tersebut berjumlah RM60.00..


       












 



-Unit ICT-

MAJLIS IHTIFAL PASTI KUBANG PASU 2015


Majlis Ihtifal PASTI Kubang Pasu telah berlangsung pada 14 November 2015, bermula jam 8.30 pagi di Raudhah D' Kelubi, Jalan Malau, Jitra. Majlis tersebut di rasmikan oleh Ust Masmawi Ishak selaku NYDP Pas Kubang Pasu. Pelajar pada tahun 2015 ini, seramai 123 pelajar terdiri  pelajar 6 Tahun. Turut hadir juga ialah pelajar cemerlang bagi 5 Tahun beserta para waris.


     




Pihak Pengurusan PASTI, para guru PASTI serta semua waris merakamkan jutaan Tahniah kepada pelajar cemerlang peringkat kawasan Kubang Pasu dimana mereka akan mewakili Kubang Pasu untuk kecemerlangan peringkat Negeri Kedah, di INSPIN, Alor Star, iaitu:

MUHAMMAD DHIA' AFKAR BIN AHMAD NIZAM
6 TAHUN, PASTI AL FATHONAH, KG LUBUK KAWAH




NUR IZZAH INSYIRAH BT MD FAIZAL 
5 TAHUN, PASTI AS-SIDDIQ, KG TELUK GELAM



-Unit ICT-

Sunday, August 23, 2015

13 OGOS 2015: ALAM RIA PASTI PERINGKAT KEDAH


Tahniah kepada seluruh anak Pasti Kubang Pasu yang menyertai pertandingan Alam Ria Peringkat Negeri Kedah tahun 2015 di Sg Pau, Sik, Kedah.

Keputusan Alam Ria Pasti Kubang Pasu :

1. Azan                      : Naib Johan
2. Pidato                     : Ke-3
3. Hafazan Surah (P) : Ke-3
4. Kalam Jamei          : Ke-4

Syabas..Cuba lagi pada tahun akan datang... Takbir!



-Unit ICT-

Saturday, August 15, 2015

8 OGOS 2015: ALAMRIA PASTI KAWASAN KUBANG PASU & SAMBUTAN HARI RAYA PASTI KAWASAN

8 OGOS 2015, SABTU
DI PUSAT ILMU KG PULAU PISANG.

SYUKRAN JAZILA KEPADA SEMUA AJK ALAM RIA PASTI KAWASAN,
SEMUA GURU, AJK DPPKP, YDP PAS KAWASAN, PARA WARIS DAN PENYUMBANG-PENYUMBANG..

SEMOGA ALLAH BERKATI KITA SEMUA AMINN...





- Unit Ict -

Wednesday, July 29, 2015

SAMBUTAN RAYA PASTI-PASTI CAWANGAN

Subhanallah... PASTI-PASTI di cawangan-cawangan, ada yang anjurkan jamuan raya bersama waris-waris.. Semoga Allah cucuri rahmat kepada semua warga PASTI.. Aminn 

            



- Unit Ict -

MUKTAMAR MGP KEDAH SELESAI

 

Tahniah diucapkan kepada semua guru Pasti Kubang Pasu yang telah mengorbankan masa untuk menghadiri Muktamar Tahunan MGP kali ke 17 baru ni di AMREC Sirim Berhad Kulim..



-Unit Ict-

Monday, June 29, 2015

SEMOGA 10 FASA KEDUA DAN KETIGA
BULAN RAMADHAN INI, KITA SAMA-SAMA DAPAT
MENGOPTIMAKANNYA... CARILAH LAILATUL QADAR. 

AMINNN


-UNIT ICT-

Sunday, June 14, 2015

HARI GURU

Tahniah Cikgu Fauziah, PASTI As-Siddiq menerima Anugerah Guru Cemerlang.


 
Aktiviti guru-guru PASTI Kubang Pasu sempena Majlis Hari Guru Negeri Kedah di Gurun
pada 16 Mei 2015 baru ini.






-Unit ICT-

Thursday, April 30, 2015

HEBAT, PASTI KEDAH DI FESTIVAL SUKAN PASTI MALAYSIA 2015


Festival Sukan PASTI Malaysia telah berlangsung pada 25 April 2015, Sabtu,
di Padang MPKP, Perlis baru-baru ini.

Tahniah! 
Pasukan Kedah telah menduduki tempat Ketiga acara Bolasepak setelah menewaskan Pulau Pinang 1-0 manakala Kelantan dan Johor merangkul Johan dan Naib Johan masing-masing.

 
 


Acara Bolajaring pula, Kedah telah dinobatkan sebagai Naib Johan 
setelah tewas dengan Johor pada perlawanan akhir. 
Negeri Sembilan pula berada tempat ketiga dalam acara ini manakala Terengganu tempat keempat.


Pahang Darul Makmur

"PULUN KEDAH PULUN"
                    
              Unit ICT Pasti

Wednesday, April 22, 2015

PERLAWANAN PERSAHABATAN KEDAH VS PERLIS

Perlawanan berlangsung di MADI Perlis pada 20 April 2015, Isnin antara Kedah dan Perlis.

Terbaekkk....



Pasukan Bola Sepak Kedah diwakili gabungan pemain seramai 8 orang dari Kubang Pasu dan 2 orang dari Langkawi.

Manakala Bola Jaring diwakili Kuala Kedah A dan Kuala Kedah B...

DOAKAN AGAR TEAM KEDAH BERJAYA UNTUK TAHUN 2015 PADA 25 APRIL, SABTU INI ... AMINNN

"PULUN KEDAH PULUN"

Unit ICT..

Sunday, April 5, 2015

JOHAN BOLA SEPAK PERINGKAT PASTI NEGERI KEDAH

28 Mac 2015 - PASTI Negeri Kedah menganjurkan Temasya Sukan PASTI di Pulau Langkawi pada tarikh berkenaan. Bola jaring bagi acara perempuan dan bola sepak bagi acara lelaki.

Kontijen bola sepak PASTI Kubang Pasu telah dinobatkan sebagai Juara dengan menewaskan PASTI Langkawi selaku tuan rumah acara pada tahun ini.

Tahniah kepada semua pengurus dan jurulatih, pengurusan PASTI kawasan, guru-guru dan juga waris-waris di atas kerjasama dan sokongan semua.

Insyaa Allah, pasukan bola sepak PASTI Kubang Pasu  akan mewakili Negeri Kedah ke peringkat Kebangsaan di mana Perlis menjadi tuan rumah pada tahun ini.

Galeri:






Tuesday, February 17, 2015

Daripada: 
Seluruh warga PASTI Kawasan Kubang Pasu dan PASTI Kedah

SOCCER KID PASTI KUBANG PASU

Sukan PASTI Peringkat Negeri Kedah pada tahun 2015:

   Tarikh    : 28 Mac 2015
   Lokasi   : Langkawi

PASTI Kubang sedang membuat sesi pemilihan pemain-pemain untuk ke peringkat negeri.

Selamat menjalani latihan kepada pelajar PASTI.





Jurulatih bola sepak dan bola jaring bertungkus lumus.... :)
All The Best...and Jazakallahu Khairan Kathira.