Saturday, January 8, 2011

EDARAN BUKU DAN BAJU PASTI TAHUN 2011

Buku dan sample baju seragam PASTI tahun 2011 telah diambil dan diedarkan kepada setiap PASTi di Kawasan Kubang Pasu. Jabatan PASTI Kubang Pasu mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan PASTI Uwais Al-Qarni, Taman Tunku Sarina kerana membenarkan salah satu bilik darjahnya digunakan sementara sebagai One-Stop Center, sebagai tempat pengumpulan buku-buku dan baju PASTI bagi memudahkan guru-guru di seluruh Kubang Pasu mendapatkannya.


Terima kasih juga kepada Cikgu Hajar dan cikgu Hidayah kerana menjaga dan memantau proses pengedaran buku dan baju tersebut. Insyaallah anak-anak PASTI Kawasan Kubang Pasu akan menerima baju seragam mulai minggu hadapan.

No comments: