Monday, May 19, 2014

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SEDANG BERLANGSUNG

Assalamualaikum.

Marilah kita doakan kecemerlangan anak-anak PASTI Kawasan Kubang Pasu khasnya, dalam peperiksaan pertengahan tahun 2014 ini:

Tarikh        : 19 - 22 Mei 2014   

Doakan juga mereka akan menjadi anak  muslim, soleh, jundullah, baca Al-Quran dan amalkan Al-Quran.

Allahuakbar!

Pengerusi PASTI
Kawasan Kubang Pasu

Sunday, May 18, 2014

SUKANEKA PASTI KAWASAN KUBANG PASU 2014

Salam semua

Sukaneka PASTI Kawasan Kubang Pasu adalah seperti berikut:

Tarikh      : 24 Mei 2014 (Sabtu)
Masa       : 8.00 pg - 12.30 tgh
Tempat    : Padang Awam Kg Tanah Merah, Jitra, Kedah
Perasmi Penutup: 
                     Al-Fadhil Ust Mohd Subky Sulaiman
                     Timbalan Pengarah 1,
                     Jabatan PASTI Negeri Kedah.

Kerjasama    : DPP Kawasan, DPP Cawangan Kg Tanah Merah dan DPP Cawangan-cawangan...

Semua dijemput hadir.

Sesiapa yang hendak hulurkan sumbangan boleh salurkan ke akaun Bank Islam (seperti tertera di laman Blog) atau hubungi Bendahari PASTI Kawasan Kubang Pasu (Sdr. Arzamalimi - 0184722267)

Syukran Jazila.

Pengerusi PASTI 
Kawasan Kubang Pasu

TAHNIAH KONTINJEN KUBANG PASU SUKAN PASTI NEGERI KEDAH

Sukan PASTI Peringkat Negeri Kedah pada 10 Mei 2014 baru ini, di Padang Awam Laguna Merbok, Sungai Petani telah selesai:

Tahniah! diucapkan pasukan Bola Jaring tempat ke-5 

Tahniah! diucapkan pasukan Bola Sepak Naib Johan


Pengerusi PASTI
Kawasan Kubang Pasu

Selamat Hari Guru 2014

SELAMAT HARI GURU 2014



"PENDIDIK GENERASI AL-QURAN"


Semua guru PASTI Kawasan Kubang Pasu.

Saya mewakili jawatankuasa PASTI Kawasan ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru PASTI semoga Allah mencucuri rahmat dan memberi ganjaran setimpal di akhirat nanti, aminn.

Semua ini adalah perjuangan yang dituntut Islam lebih-lebih lagi dalam proses pentarbiyahan kanak-kanak ke arah menuju REDHA Allah Taala.

Sayangilah anak-anak PASTI kita seperti mana kita sayangi anak kita sendiri, lihatlah anak-anak PASTI kita dengan penuh kasih sayang... Allahu Rabbi...

Semoga Allah melimpahkan KASIH SAYANG-NYA kepada kita sebagai pendidik. Ingat, keikhlasan adalah faktor tiada tembok halangan Kasih Allah kepada kita, insyaAllah....

Cikgu Aziz
Pengerusi PASTI
Kawasan Kubang Pasu

Wednesday, October 23, 2013

JOM AJAR ANAK MENABUNG



Ramai anak-anak tidak mempunyai tabiat menabung sejak kecil, hasilnya bila dah besar tak lekat duit…betul atau tidak?  Jom kita pastikan anak-anak menabung setiap hari walaupun 10 sen. Bak kata Pepatah Melayu  "Sedikit, sedikit, lama-lama jadi bukit.
 
 

11 Tips Memupuk Minat Menabung:
  1. Bantu anak-anak merancang perbelanjaan harian
  2. Tanya apa yang anak beli di sekolah supaya dia rasa kita ambil berat tentang wang dan perbelanjaan
  3. Beri wang mengikut keperluan, beri lebih hanya jika ada keperluan tambahan pada hari tersebut
  4. Jangan ikut 100% kehendak mereka, ajak mereka berfikir samada perlu beli sekarang, ditangguhkan dahulu atau tidak perlu sangat.
  5. Sentiasa buat perbandingan harga dan kualiti ketika membeli belah bersama anak agar mereka dapat menilai wang dan mencontohi budaya berbelanja
  6. Beri gambaran kepada mereka bagaimana kalau tidak menabung dan tiada wang
  7. Beri gambaran kepada mereka bagaimana dengan wang tabungan kita boleh membeli apa yang kita hajati dengan mudah dan terancang
  8. Menggunakan buku wang saku atau merekod perbelanjaan harian
  9. Menyertai ahli kelab-kelab dan aktiviti berkaitan kewangan di sekolah
  10. Sentiasa berpesan agar jangan biasakan meminjam dari rakan, ada duit baru belanja
  11. Ibu bapa perlu amalkan bijak belanja supaya mudah dicontohi
  12. lagi cantik kalau kita masukkan duit tabungan ke dalam akaun TABUNG HAJI dan terus daftar utk menunaikan haji.. nanti anak-anak dah habis sekolah, terus boleh tunaikan haji dengan wang tabungannya. Bleh masuk sekali duit-duit raya setiap tahun. (tips ke 12 ni yang saya tambah )
Walaupun penerapan menabung dilakukan berterusan, sekali sekala perlu menggalakkan membeli hadiah atau bertukar hadiah di kalangan adik beradik atas sesuatu sebab yang sesuai seperti hari jadi, pencapaian cemerlang dan sebagainya bagi mengikis sifat kedekut dan mengeratkan tali persaudaran serta mewujudkan kasih sayang di antara mereka.

sumber dari: http://www.blog.rahsiaanakpintar.com/