Wednesday, July 13, 2011

MAJLIS UJIBAKAT PASTI KAWASAN KUBANG PASU 2011

InsyaAllah, PASTI Kawasan Kubang Pasu akan mengadakan Majlis Ujibakat bagi anak-anak PASTI seluruh Daerah/ Kawasan Kubang Pasu bagi tahun 2011 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Julai 2011 (SABTU)
Tempat : Sekolah Agama Toyyibah, Changlun
Masa : 8.30pagi hingga 1.00petang

Antara acara yang akan dipertandingkan (mencungkil bakat anak2 PASTI) adalah seperti:

nasyid (berkumpulan)
hafazan doa harian
hafazan surah
sajak
bacaan (jawi, english dan bahasa malaysia)
azan
bercerita

Dijemput semua waris dan orang ramai menghadiri majlis tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap institusi pra sekolah agama terbesar dan tertua di Malaysia ini.

Monday, January 17, 2011

SEMOGA CEPAT SEMBUH

Puan Noor Nafizah binti Hj Md Jusoh yang sedang berkhidmat di PASTI Al-Hidayah, Kg Alor Rambai telah dimasukkan ke wad di Hospital Jitra pada seminggu yang lalu. Sehingga kini beliau masing di hospital berkenaan dan dijangka akan keluar hari ini atau esok selepas mendapat latihan kaedah mencucuk insulin dari doktor yang bertugas.


Beliau telah dimasukkan ke wad setelah mendapati kandungan gula dalam darah pada tahap 10 semasa menjalani ujian darah bagi ibu mengandung. Ini lah antara ujian yang ibu-ibu tanggung semasa proses untuk mendapatkan zuriat yang bakal menyambung perjuangan mendapatkan keredhaan Allah.

PASTI Kawasan Kubang Pasu mengucapkan semoga cepat sembuh dan ingatlah:

"Wa iza maridtu faHua yashfiin"