
23hb Mei 2008, semua guru-guru PASTI seluruh negeri Kedah telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru PASTI peringkat negeri Kedah yang bertemakan "Guru Pendidik Sepanjang Zaman" yang telah diadakan di Dewan Seri Mentalun, kediaman rasmi Menteri Besar Kedah.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Abdullah Jusoh ( Exco Pendidikan Negeri Kedah ).

Semua kawasan telah menghantarkan wakil yang terdiri dari guru-guru, pengerusi pasti kawasan, cawangan dan juga ajk-ajk pasti bagi menjayakan majlis tersebut.
Majlis telah bermula jam 9.00 malam dan dimulakan dengan bacaan al-Quran (Surah Ar-Rahman) oleh adik Mohd Hafiz berumur 7 tahun. Beliau adalah bekas pelajar PASTI Mergong.
PASTI Kubang Pasu juga tidak ketinggalan menghantar guru-gurunya untuk mendengar amanat dari Pengarah PASTI Negeri dan juga Exco Pendidikan Negeri kedah pada malam tersebut. PASTI Kubang Pasu mengucapkan terima kasih kepada guru-guru PASTI Kawasan Kubang Pasu kerana memberikan komitmen untuk hadir sempena hari menghargai jasa guru ini.Majlis malam tersebut juga diserikan dengan persembahan nasyid yang dibawakan khas dari Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU). Walaupun hanya 3 orang dari 10 orang ahlinya yang dapat hadir malam tersebut, ternyata mereka mampu menyampaikan persembahan yang sungguh mantap. Tahniah kami ucapkan.

1 comment:
kalau tak silap sebelah siang ada acara sukan peringkat negeri....mana berita dan gambar pada hari itu...minta editor selalu update selalu blog ini...
Post a Comment