| MAKANAN segera atau fast food sering menjadi pilihan kanak-kanak apabila mereka dibawa keluar sama ada untuk bersiar-siar atau membeli-belah. Pastinya, restoran makanan segera menjadi pilihan utama, apatah lagi jika set makanan itu turut menyediakan permainan. Namun, ibu bapa sepatutnya mendidik dan melatih anak mereka supaya mengamalkan diet seimbang, iaitu mengambil semua jenis makanan yang membekalkan karbohidrat, protein, fibre atau serat dan kalsium. Tidak dinafikan memang sukar bagi ibu bapa mengawal pemakanan anak-anak, terutama bagi mereka yang berusia di antara lima hingga 10 tahun. Perunding Pemakanan Mont Kiara Medical City di Kuala Lumpur City Centre, Farah DiBa Khan, berkata pengambilan makanan segera perlu dihadkan seminggu sekali kerana ia tidak membekalkan diet seimbang. Beliau berkata, makanan segera banyak mengandungi lemak dan diet seumpama itu tidak berkhasiat kepada kanak-kanak yang sedang membesar kerana dikhuatiri mereka akan mengalami masalah kegemukan pada kemudian hari. Makanan segera selalunya tidak mengandungi serat manakala kandungan gula dan garam pula tinggi. “Sebaik-baiknya hadkan pengambilan makanan segera seminggu sekali kepada anak. Sebagai ibu bapa, anda perlu melatih dan mendidik mereka supaya tidak kerap mengambil makanan segera sejak peringkat awal lagi. “Memang sukar untuk melatih mereka mengamalkan diet seimbang dan berkhasiat dan ini mungkin mengambil masa. Selalunya tarikan utama kanak-kanak terhadap makanan segera adalah permainan yang turut dijual di dalam setiap set makanan kanak-kanak,” katanya. Ketika ditemui di ibu negara baru-baru ini, Farah DiBa berkata, makanan mempunyai fungsi penting dalam kehidupan dan pertumbuhan setiap kanak-kanak. Lazimnya, burger, kerepek kentang, sosej dan nuget ayam sering menjadi pilihan walhal semua makanan itu boleh dibuat dan dimasak sendiri di rumah. “Justeru, jika ada masa terluang, ibu-ibu boleh membuat sendiri burger, sosej, kerepek kentang dan nuget ayam. Ini jauh lebih baik kerana selalunya apabila makanan itu dimasak sendiri, tiada bahan pengawet dan perasa yang digunakan,” katanya. Beliau berkata, selain pengambilan makanan segera, ibu bapa juga tidak berpeluang memantau pengambilan pelbagai jenis makanan yang kurang berkhasiat pada anak-anak ketika di sekolah. Kantin sekolah pula selalunya lebih banyak menyediakan makanan bergoreng dan berlemak dan ini sekali gus menjadikan pengambilan makanan anak-anak tidak seimbang dan berkhasiat. “Sebaik-baiknya, sediakan bekalan dari rumah untuk ke sekolah. Ini bukan saja dapat mengajar anak itu berjimat cermat tetapi mendidik mereka supaya mengamalkan diet yang lebih baik. Bagaimanapun, seminggu sekali beri wang saku kepada mereka untuk membolehkan mereka berbelanja di sekolah pula. “Sebagai ibu bapa, anda perlu bijak menyediakan bekalan makanan untuk anak. Pelbagaikan makanan yang dibekalkan, contohnya, sandwic sardin, pau kukus, sandwic telur, sandwic tuna dan mi goreng. “Pastikan menu bekalan itu berubah setiap hari kerana dikhuatiri anak akan cepat bosan jika anda menyediakan makanan yang sama saban hari,” katanya. Farah DiBa berkata, anak juga jarang atau sukar mengambil sarapan dan keadaan ini kadangkala menyebabkan ibu bapa buntu memikirkan makanan terbaik untuk anak mereka sebelum melangkah ke sekolah. Jika kanak-kanak kurang selera untuk makan, pastikan mereka minum segelas susu rendah lemak untuk mengalas perut sebelum ke sekolah. Susu rendah lemak perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak apabila mereka berusia lima tahun. “Apabila anak anda sudah mencapai usia lima tahun, sebaik-baiknya, perkenalkan kepada mereka makanan dan minuman rendah lemak sebagai satu daripada langkah mencegah kegemukan. Berdasarkan kajian, alasan yang sering diberikan kerana mengabaikan sarapan ialah tidak cukup masa dan kurang selera. Malah, hanya kira-kira 30 peratus kanak-kanak sekolah rendah didapati tidak bersarapan biarpun ia amat penting sebelum memulakan kegiatan harian. Katanya lagi, selain mendidik anak terhadap pemakanan seimbang dan berkhasiat, ibu bapa juga digalakkan supaya mengajar anak-anak mereka bersenam sejak kecil lagi untuk memastikan mereka tidak mengalami masalah kesihatan, termasuk kegemukan. Mengikut kajian, hanya 24 peratus kanak-kanak terbabit dalam kegiatan fizikal seperti berbasikal, bermain badminton dan berlari. Bagaimanapun, apa yang membimbangkan ialah 76 peratus daripada mereka lebih menumpukan perhatian terhadap kegiatan yang tidak memerlukan pengeluaran peluh seperti menonton televisyen.
Makanan yang sering diambil oleh kanak-kanak untuk sarapan? - Roti (21 peratus). - Nasi lemak (15 peratus). - Nasi goreng (14 peratus). - Kuih-muih (13 peratus). - Roti canai (sembilan peratus). - Mi dan telur (masing-masing lapan peratus). - Bijirin (tujuh peratus). - Goreng pisang (tiga peratus). - Lain-lain (dua peratus). Farah DiBa berkata, pengambilan makanan tidak seimbang dan tidak bersenam adalah dua faktor yang meningkatkan risiko kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan masalah kegemukan selain genetik. Justeru, beliau berkata, bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga bermasalah kegemukan, perlu memandang berat pengambilan makanan di kalangan anak mereka sejak dari kecil. “Ini kerana, katanya, kanak-kanak yang gemuk sejak kecil akan terus menjadi gemuk apabila dewasa walaupun tidak 100 peratus daripada mereka akan berterusan berkeadaan begitu. Namun, amat kurang kanak-kanak gemuk akan menjadi kurus apabila mereka meningkat dewasa,” katanya |
Monday, May 12, 2008
Makanan Segera Antara Punca Kegemukan Kanak-Kanak
Thursday, April 24, 2008
PERSIAPAN HARI SUKAN PASTI KAWASAN KUBANG PASU 2008
Tarikh : 1 Mei 2008 ( Khamis )
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 ptg
Tempat : Markaz Tarbiyah Pas, Kg Pulau Pisang
Acara : Bola sepak, Bola jaring dan Sukaneka
kepada sesiapa yang berkelapangan, sila lah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
Sunday, March 30, 2008
Benarkah kita mencintai dan menjadikan Nabi s.a.w sebagai ikutan?
| Pertama kali diucapkan selamat menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah s.a.w kepada semua kaum muslimin dan muslimat, semoga sambutan kali ini memberi nafas baru kepada kita untuk menjadikan segenap ajaran baginda inspirasi menuju kecemerlangan hakiki. Namun apa yang perlu diutarakan kepada sidang pembaca setia harakahdaily.net, ialah satu persoalan yang mungkin tidak terlintas dalam pemikiran kita semua, berhubung kebenaran kecintaan dan ikutan kita terhadap baginda Rasulullah s.a.w Isu perarakan yang dilakukan pada awal pagi 12 Rabiulawal saban tahun seolah-olah menggambarkan bahawa rakyat Malaysia yang beragama Islam menunjukkan kesungguhan mereka untuk mencintai Rasulullah, tetapi apakah benar mereka mencintai Rasulullah setelah selesai melakukan perarakan?. Sesungguhnya kecintaan terhadap Rasulullah tidak terhenti pada majlis perarakan, kalau itu yang berlaku, ia bermakna tidak ada perbezaan dengan tindakan Abu Lahab (Pak Cik Nabi) setelah mengetahui bahawa Rasulullah diputerakan, lantas beliau mendakap jasad baginda yang mulia dan membawanya mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan (serupa amalan tawaf mengelilingi Kaabah). Tetapi apa yang terjadi kepada Abu Lahab setelah baginda meningkat dewasa dan dilantik pula menjadi Rasul terakhir, beliaulah orang yang paling keras menentang kebenaran yang dibawa oleh anak saudaranya sendiri. Inilah yang terjadi kepada kebanyakan umat Islam dalam negara kita, pada waktu pagi berarak, dan di waktu petang hari melakukan tindakan yang menentang Islam dengan penganjuran program maksiat seperti membenarkan konsert Akademi Fantasia 6 disiarkan menerusi Astro dua hari selepas berarak (22 Mac 2008). Tidakkah golongan seperti ini perlu memerhatikan ayat Allah menerusi surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud: Katakanlah Wahai Muhammad (kepada umatmu) Jika kamu cintakan Allah, maka ikutlah aku, pasti Allah cinta kepada kamu. Dalam ayat 21 surah al-Ahzab, Allah menegaskan bahawa: Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh teladan ikutan yang baik. Sementara dalam ayat 8 surah as-Soff maksudnya: Dialah (Allah) mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dengannya dapat mengalahkan agama seluruhnya walaupun tindakan baginda itu tidak disukai oleh golongan orang-orang musyrikin. Apabila kita merujuk kepada ketiga-tiga ayat di atas, yang menganjurkan kepada kita agar mencintai baginda, menjadikan baginda contoh teladan, membawa petunjuk ke jalan kebenaran, dan banyak lagi, tetapi adakah kita telah mengikut saranan ayat-ayat di atas. Umat hari ini selepas berarak, mereka membenci sunnah-sunnah Nabi, sebagai contoh melantik para pemimpin yang tidak menjalankan hukum-hukum Allah sampai hari ini walaupun negara sudah merdeka lebih lima puluh tahun. Mereka juga tidak menjadikan baginda Rasulullah s.a.w sebagai contoh dalam segenap aspek kehidupan sebagai muslim, ini termasuk dalam aspek pentadbiran negara, institusi kewangan, kemasyarakatan, persekitaran dan lain-lain, semuanya diikat dengan sistem Sekularisme, Kapitalisme dan lain-lain. Malah mereka juga tidak yakin bahawa agama Islam adalah agama yang betul dengan prinsip rukunnya yang lima, hingga mencipta satu agama baru "Islam Hadhari" dengan prinsip yang sepuluh dengan pelbagai alasan. Dalam Islam, perkataan Islam dan Iman tidak boleh dipisahkan bagaikan aur dengan tebing, jadi kalau ada Islam Hadhari, mestilah juga ada istilah Iman Hadhari, Islam Hadhari diterjemahkan dengan Islam yang bertamadun, ini menunjukkan ada lagi istilah Islam yang tidak bertamadun. Inilah yang dikatakan bahawa kalau tidak mahu terima Islam sebenar, itu adalah haknya untuk menolak, tetapi jangan sampai mengajak orang ramai (rakyat) menentangnya juga. Ingatlah apa yang pernah diungkapkan oleh Saidina Omar Bin al-Khattab: "Dulu kami adalah golongan yang hina kerana menolak Islam, kemudian Allah muliakan kami dengan Islam, tetapi apabila jika kami mencari kemuliaan selain daripada Islam, pasti Allah akan timpakan penghinaan atas diri kami". - mns petikan Harakah Daily (21/3/08) Ustaz Zainudin Hashim |
Sunday, March 23, 2008
KENAPA AKU DIUJI ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... - Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129
Monday, February 18, 2008
Sepetang Bersama Dato Harun Din
hadirin yang datang mendengar ceramah dan amanat beliau dianggarkan seramai 2 ribu orang dan telah memenuhi ruang padang berhampiran sehingga menyebabkan pihak penganjur meminta izin penduduk setempat untuk menutup jalan bagi melapangkan kawasan.